Kelantan Wakil Malaysia Ke Kejohanan Boost SportsFix Super Cup 2018

Kelantan akan menjadi wakil Malaysia dalam kejohanan tiga penjuru antara kelab Asia Tenggara, Boost SportsFix Super Cup yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bermula pada 13 hingga 20 Januari depan.

Kejohanan yang julung kalinya diadakan ini akan juga disertai oleh wakil Indonesia, Persija Jakarta dan wakil Thailand, Ratchaburi FC. Ini juga merupakan kejohanan bola sepak pertama yang dijalankan di SNBJ selepas Sukan SEA 2017.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Azman Fahmi, PSM sangat teruja untuk melihat SNBJ kembali digunakan untuk perlawanan bola sepak dan tidak sabar untuk melayan kunjungan para penyokong pasukan-pasukan terlibat.

Foto: Owee Ah Chun

Umum mengetahui, Persija Jakarta memiliki kumpulan penyokong yang cukup fanatik dan antara yang termahsyur di Indonesia, iaitu ‘Jakmania’. Diharapkan para penyokong ini dapat turun dengan kekuatan penuh untuk kejohanan ini.

Sementara dari segi prestasi pula, Persija Jakarta meraih kedudukan ke-4, Gojek Traveloka Liga 1, Indonesia. Pihak pengurusan pasukan berharap kejohanan ini akan membantu mereka membuat persediaan yang lebih baik untuk saingan liga musim hadapan.

Wakil Thailand, Ratchaburi FC pula menamatkan musim 2017 di Thai League 1 pada kedudukan ke-6. Beraksi di liga terbaik Asia Tenggara, Ratchaburi FC dianggap mampu menghadirkan saingan terbaik buat Kelantan dan Persija Jakarta.

Walaupun Kelantan pada musim lalu melalui fasa sukar, namun kehadiran pasukan yang pernah menjadi kuasa besar bola sepak negara ini juga dilihat mampu menarik ramai penyokong untuk turun ke stadium.

Bercakap kepada Berita Harian, Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Kamarudin Mohamad menyatakan pihaknya berbangga kerana dipilih untuk mewakili Malaysia ke kejohanan ini.

“Kami tentunya akan menurunkan barisan terbaik untuk kejohanan ini,” jelasnya lagi, selain turut berterima kasih kepada SportsFix kerana memberikan Kelantan peluang ini.

 

Foto: Laman sesawang SportsFix Super Cup

“Objektif jangka panjang kejohanan baru ini adalah untuk menampilkan kelab-kelab dari seluruh dunia untuk bersaing di sini, dimana melibatkan liga yang kerap ditayangkan di SportsFix.tv.

“Dengan Serie A, Chinese Super League dan K League adalah antara liga yang berada di dalam siaran SportsFix, kejohanan ini dijangka akan menjadi lebih besar dan hebat,” ujar Marcus Luer, Ketua Pegawai Eksekutif, Total Sports Asia.

“Buat masa ini, kami yakin bahawa ketiga-tiga pasukan ini akan bersaing hebat untuk bukan sahaja membawa pulang piala kejohanan, malah ganjaran wang tunai yang ditawarkan iaitu USD10,000,” tambah Luer lagi.

Tiket akan mula dijual pada 13 Disember ini bermula daripada RM10 untuk pelajar dan RM15 hingga RM120 (dewasa). Ia juga boleh didapati menerusi lawan web http://sportsfixcup.com.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN