Pertahanan tengah Sri Pahang FC, Nick Swirad dilihat seperti mengganggu keraian pemain berstatus warganegara Malaysia yang baharu, Lee Tuck.
Dalam ‘posting’ di Instagramnya, Tuck telah memaklumkan beliau akhirnya memperolehi kewarganegaraan Malaysia setelah sekian lama menanti dan menariknya ia berlaku pada hari kemerdekaan Malaysia yang ke-65.
“Hari ini, akhirnya saya boleh dan secara rasmi mengatakan saya adalah Warganegara Malaysia.”
“Saya benar-benar bersyukur mendapat Kewarganegaraan Malaysia. Ia adalah jalan yang sukar dengan membuat pengorbanan untuk sampai ke sini tetapi ini adalah peluang yang tidak dapat saya lepaskan.”
Years down the line, when I think of @LEE__TUCK in a Terengganu shirt, I’ll think that absolute piledriver of a free-kick he scored in Cheras two years ago, with @fusoSTAN losing his voice on commentary.
Wonderful. https://t.co/2PXMbiwUHx
— Keesh (@keeshmatstats) November 21, 2020
Menyertai Sri Pahang sejak 2021 dan kembali boleh memperkuatkan pasukan pada musim ini selepas kembali daripada pinjaman bersama Terengganu, beliau tidak diturunkan disebabkan status warganegara.
Beliau kembali ke Terengganu secara pinjaman pada Mei 2021 selepas tampil 11 kali bersama Sri Pahang, tetapi di sana, beliau tampil tiga kali.
Kembali bersama Tok Gajah, kelibat Tuck masih tidak kelihatan sehingga kini dan ia telah menimbulkan pelbagai persepsi tentang isu kontraknya.
Ini kerana, Sri Pahang sudah memiliki cukup kouta pemain import dan beliau masih menanti khabar proses permohonan kewarganegaraan Malaysia yang sudah lama berlangsung. Untuk itu, beliau telah tersisih.
‘Posting’ itu telah menerima pelbagai reaksi sama ada daripada kalangan penyokong mahupun rakan-rakan pemain. Antara yang mencuri perhatian adalah balasan oleh Nick Swirad, rakan sepasukannya di Sri Pahang.
“Tempat anda dalam bas sudah tiada. Semoga berjaya.”
Dan Tuck dilihat turut membalas jenaka oleh Swirad dengan kenyataan;
“Kalau begitu, saya akan main di gelanggang sendiri saja la.”
Tentunya perkhabaran itu turut disambut gembira oleh Swirad kerana, seperti Tuck, beliau juga memiliki kewarganegaraan Malaysia selain mereka merupakan pemain yang dilahirkan dan datang dari United Kingdom.
Selain mereka berdua, Tok Gajah memiliki seorang lagi pemain luar yang memiliki kewarganegaraan Malaysia iaitu David Rowley selain Sergio Aguero yang masih belum ada perkhabaran status permohonannya.
Adakah Swirad mengatakan tiada tempat buat Tuck dalam skuad Sri Pahang ketika ini? Mereka sedang melalui prestasi menakjubkan sebaik sahaja pengendali, Dato’ Dollah Salleh mengambil alih. Mereka melonjak keluar dari zon penyingkiran ke tangga ke-5 Liga Super 2022 ketika ini.
Tentunya untuk kembali ke dalam pasukan yang sedang dalam momentum terbaik, Tuck perlu mencari semula prestasi terbaiknya pada satu ketika dahulu sebelum ia hilang dek kerana perpindahan ke Sri Pahang.
Selain Nick Swirad, khabar gembira itu turut diraikan oleh penyerang PJ City FC dan skuad Harimau Malaya, Darren Lok, Sergio Aguero, Junior Eldstal, Ifedayo Olusegun serta bekas pemain import Kedah, Sandro Mendonca.