Neymar Tidak Terfikir Ke Real Madrid, Jelaskan Hubungan Beliau Dengan Cavani

Bintang sensasi Brazil, Neymar menolak dakwaan yang beliau berhasrat ke Real Madrid. Sebaliknya bintang yang dibeli dengan nilai €222 juta itu gembira untuk kekal di PSG.

Neymar kini sudah menjaringkan 26 gol daripada 24 penampilan. Beberapa laporan akhbar menyatakan yang Real Madrid sedang berkira-kira untuk membawa masuk bekas pemain Barcelona ini. Ini selepas Real Madrid bergelut dengan prestasi pada musim ini.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez sendiri tidak menolak kemungkinan bahawa suatu hari nanti mereka akan cuba mendapatkan Neymar ke Bernabeu. Apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak. Neymar berkata kepada wartawan:

“Saya gembira dengan rakan-rakan saya di sini. Dan saya sangat gembira di PSG.”

“Saya menikmati perlawanan yang baik dan datang ke sini untuk mencipta sejarah bersama-sama dengan kelab ini. Saya mahu melakukan yang terbaik.”

“Spekulasi itu sentiasa muncul dan terus muncul. Sejak saya di Santos, Barcelona, nama saya sentiasa dikaitkan dengan perpindahan. Sukar untuk elakkan daripadanya.”

“Namun saya gembira dengan spekulasi seperti itu. Saya rumuskan saya pemain yang baik sebab itu saya sentiasa menjadi perhatian. Pemain berkualiti tidak akan lari daripada spekulasi.”

PARIS, FRANCE – OCTOBER 31: Neymar of PSG celebrates after his free kick leads to the goal scored by Layvin Kurzawa of PSG during the UEFA Champions League group B match between Paris Saint-Germain and RSC Anderlecht at Parc des Princes on October 31, 2017 in Paris, France. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Bercakap tentang ejekan penyokong PSG kepada beliau ketika Neymar mengambil penalti yang menghalang Cavani daripada memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah kelab lebih awal, Neymar tenang tentangnya.

Beliau menyatakan yang hubungan beliau dengan Cavani adalah baik-baik sahaja. Beliau juga memberitahu yang beliau ditugaskan untuk mengambil penalti hari itu.

“Saya dah biasa dengan boo dan tepukan di atas padang. Paling penting saya gembira dengan kemenangan. Itu yang paling penting.”

“Kita semua tahu rekod Cavani, namun ‘coach’ mahu saya mengambil penalti ketika itu, dan tiada kontroversi untuk itu.”

“Kami semua sudah tahu perkara itu di bilik persalinan dan saya anggap saya harus ambil penalti itu sebagai tanggungjawab. Sudah tentunya saya sokong Cavani dan mahukan dia pecahkan rekod.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN