Neymar: “Saya Tidak Cergas 100% Ketika Tewaskan Liverpool”

Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar berkata beliau belum pulih sepenuhnya dari kecederaan otot yang dialaminya ketika membantu pasukannya menewaskan Liverpool 2-1 di dalam saingan peringkat Kumpulan C, UEFA Champions League.

Sebelum perlawanan tersebut, Neymar telah direhatkan oleh pengurus, Thomas Tuchel ketika PSG mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Toulouse dalam saingan Ligue 1 pada hujung minggu lalu.

(Photo by Mike Egerton/PA Images via Getty Images)
Tetap berbisa

Ketiadaan Neymar menimbulkan keraguan mengenai tahap kecergasan bintang Brazil itu, sebelum disahkan sendiri oleh Tuchel, pemain tersebut adalah cergas menjelang hari perlawanan bertemu Liverpool.

Walaupun kurang cergas akibat kecederaan tersebut, Neymar tetap merupakan arkitek utama dalam kemenangan 2-1 ke atas Liverpool. Beliau turut menjaringkan satu gol dan untuk satu ketika memberi kelebihan dua gol kepada PSG dalam perlawanan tersebut.

(Photo by Ian MacNicol/Getty Images)
Belum cergas sepenuhnya

Ketika bercakap kepada wartawan L’Equipe selepas perlawanan, pemain berusia 26 tahun itu mendedahkan beliau sebenarnya belum lagi cergas sepenuhnya selepas kecederaan tersebut.

“Saya belum cergas sepenuhnya ketika beraksi menentang Liverpool. Tetapi ia adalah perlawanan yang penting. Oleh itu, cedera atau tidak, saya harus beraksi untuk membantu pasukan,” ujar Neymar.

Jaringan oleh Neymar pada minit ke-37 untuk PSG menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dari Brazil di dalam sejarah pertandingan UEFA Champions League dengan 31 gol.

PSG yang kini berada di tangga kedua Kumpulan C boleh mengesahkan kemaraan sebagai juara kumpulan sekiranya berjaya menewaskan Red Star Belgrade dalam perlawanan terakhir kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN