Argentina Sentiasa Tunggu Messi Kembali Dengan Tangan Terbuka

Argentina sentiasa menunggu kepulangan Lionel Messi dengan tangan terbuka. Demikianlah apa yang dikatakan oleh pemain pertahanan, Gabriel Mercado ketika bercakap kepada Goal – setelah bintang Barcelona itu mengasingkan diri dari La Albiceleste.

Sejak impian memburu kegemilangan di Piala Dunia sekali lagi gagal pada edisi 2018, pemenang Ballon d’Or lima kali itu telah menjauhkan diri dari panggilan untuk mewakili negaranya.

Fokus untuk Barcelona

Pada hari ini Messi dikatakan mahu memberi fokus sepenuhnya kepada pertandingan domestik – menjadi sebab utama dirinya tidak mahu tersenarai untuk tugasan antarabangsa.

Sehingga kini pemain berusia 31 tahun itu belum lagi mengumumkan sebarang persaraan, walaupun pernah berbuat demikian sebelum membatalkan niat tersebut – dan kem Argentina optimis lambat laun Messi akan kembali mengetuai barisan pemain mereka.

(Photo credit should read JEWEL SAMAD/AFP/Getty Images)

Sekurang-kurangnya itulah perkara yang didedahkan oleh pemain pertahanan Sevilla dan rakan sepasukan antarabangsa Messi, Gabriel Mercado kepada Goal.

“Argentina tanpa Messi tidak akan sama. Kita harus menghormati keputusan beliau. Beliau mempunyai sebab untuk berehat sebentar. Dan jika beliau mahu kembali, maka itulah yang menjadi perkara terpenting.

Messi sentiasa dialu-alukan

Menurut Mercado lagi, Messi sentiasa dialu-alukan di dalam pasukan kebangsaan oleh seluruh rakyat Argentina, namun harus bersabar sebelum semua itu terjadi.

“Semua rakyat Argentina sentiasa menunggu beliau untuk kembali dengan tangan terbuka. Jadi buat masa ini, semua pihak harus menunggu dan lihat apa yang akan berlaku kemudian.

(Photo by Jamie Squire – FIFA/FIFA via Getty Images)

Messi pernah memenangi pingat emas bersama Argentina di Sukan Olimpik. Namun beliau masih menunggu kejuaraan pertama beliau bersama skuad utama Argentina sehingga kini.

Sejak beberapa tahun yang lalu, Messi dan Argentina mengalami beberapa kekalahan di perlawanan akhir – termasuk di Piala Dunia 2014, dan juga dua pertandingan Copa Amerika yang berlangsung di antara tempoh itu sehingga Piala Dunia 2018.

Piala Dunia 2018 memeritkan

Tersingkir di pusingan 16 pasukan terakhir di Rusia setelah pusingan kelayakan yang sukar dan pertukaran jawatan ketua jurulatih juga tidak membantu Messi bersama Argentina.

“Ia adalah perkara yang sukar untuk Argentina bermula dengan pusingan kelayakan dengan tiga jurulatih berasingan,” ujar Mercado.

“Jorge [Sampaoli] kemudiannya cuba untuk meluahkan idea beliau untuk pasukan, namun kami masih gagal di Piala Dunia.

(Photo credit should read GIUSEPPE CACACE/AFP/Getty Images)

“Ia bukannya mudah beraksi di Piala Dunia kerana semua pasukan bertanding turut berkongsi objektif yang sama. Argentina mempunyai lebih tekanan berbanding yang lain kerana kami adalah naib juara dalam edisi terdahulu. Misi seterusnya sudah pasti untuk membawa balik piala.

“Kami sudah berusaha, ia [kejuaraan] juga adalah impian kami. Malangnya kami gagal dan Jorge [Sampaoli] kemudiannya terpaksa pergi meninggalkan pasukan.

“Saya sentiasa menghormati Jorge [Sampaolo] kerana beliau adalah individu yang meembantu saya menyertai Sevilla, dan kemudian beraksi di Piala Dunia. Saya cuma mampu mengucapkan selamat maju jaya buat beliau.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN