Semalam bukanlah malam yang baik untuk Barcelona.
Sudahlah tewas di tangan Malaga 2-0 di La Rosaleda, pemain utama mereka Neymar pula dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua.
Namun itu bukanlah penamat bagi derita Barcelona di perlawanan itu.
Neymar berkemungkinan terlepas aksi penting El Clasico selepas beliau melakukan provokasi terhadap pengadil keempat semalam.
Apa yang dilakukan oleh bintang Brazil itu?
Selepas dibuang padang, Neymar menuju ke terowong stadium namun ketika sedang melepasi pengadil keempat beliau telah melakukan provokasi terhadap pengadil keempat.
Neymar telah menepuk tangan dengan reaksi penuh dengan perli (sarcastically) di hadapan pengadil keempat ketika menuju ke terowong stadium.
Nampak seperti perkara kecil bukan? Namun bagi pengadil Jesus Gil Manzano ia merupakan perkara serius.
Manzano telah menulis perbuatan Neymar itu sebagai perbuatan provokasi di dalam laporan perlawanan beliau.
Apa kesannya terhadap Neymar?
Neymar sudah pun menerima pergantunggan 1 perlawanan selepas menerima kad kuning kedua menentang Malaga. Kini Neymar mungkin perlu menghadapi perrgantunggan 3 lagi perlawanan.
Ia menjadikan jumlah pergantunggan 4 perlawanan secara keseluruhannya untuk Neymar.
Sebelum ini, Manzano pernah juga menyebabkan Luis Suarez digantung 2 perlawanan pada Februari lalu kerana “melewatkan-lewatkan permainan selepas dibuang padang.”
Bulan April ini merupakan bulan yang sukar buat Barcelona di La Liga apabila bertemu Real Madrid di Santiago Bernabeu.
Selain itu mereka ada pertemuan menentang Espanyol dalam aksi Catalan Derby pada pertengahan bulan ini.
Baca juga: Sebab Status Ikan Jadi Lauk Singa, Memphis Depay Kena Bahan Teruk