Neymar Sah Kekal Bersama PSG, Tekad Menangi Lebih Banyak Kejuaraan

Bintang Brazil yang datang dengan status pemain termahal dunia, Neymar menjawab segala persoalan mengenai status dirinya pada jendela perpindahan musim panas ini.

Neymar akhirnya mengesahkan bahawa dirinya akan kekal bersama juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), dan mahu membawa pulang lebih banyak kejuaraan untuk kelab Perancis itu pada musim akan datang.

Neymar (BRA) during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between 1st Group E and 2nd Group F at Samara Arena on July 2, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Foto Olimpik/NurPhoto via Getty Images)

Penyerang Piala Dunia Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan ke La Liga untuk menyertai Real Madrid sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Namun demikian Neymar menyifatkan perkhabaran tersebut hanya spekulasi liar, dan fokus beliau hanya tertumpu kepada objektif yang telah ditetapkan oleh PSG untuk kempen musim 2018/19.

“Sudah tentu saya akan kekal. Saya memiliki kontrak bersama PSG dan saya sendiri yang memilih untuk ke sana untuk cabaran baharu. Tujuan saya ke PSG ialah untuk cabaran baharu, dan juga untuk mencapai lebih banyak kejayaan.”

“Saya tidak akan mengubah perkara itu. Sudah tentu saya mengharapkan musim yang berhasil pada musim hadapan dan lebih banyak kejuaraan dimenangi.”

“Pihak media gemar menghebohkan khabar angin. Tetapi semua orang tahu betapa pentingnya PSG buat saya.”

Neymar menyertai PSG dari Barcelona pada Ogos tahun lalu dengan nilai rekod dunia £200 juta. Sepanjang musim lalu, Neymar telah menjaringkan 19 gol, dan menghasilkan 13 bantuan gol untuk membantu PSG merangkul kejuaraan Ligue 1 pada musim pertama beliau di Parc des Princes.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN