Dilanda Masalah Kewangan Yang Serius, Hanelang FC Tarik Diri Daripada Liga FAM

Sebuah kelab dari Terengganu, Hanelang FC dikhabarkan membuat keputusan untuk menarik diri daripada saingan Liga FAM yang masih berbaki 2 perlawanan.

Malah, mereka juga gagal menghadirkan diri pada perlawanan menentang Terengganu City FC hari rabu lepas dan sekaligus menghadiahkan 3 mata percuma kepada pasukan lawan.

Kegagalan Hanelang FC untuk hadir pada perlawanan tersebut telah didapati melanggar Perkara 13.1.2, Peraturan Pertandingan Piala FAM 2018 iaitu “gagal melaporkan diri bagi mana-mana perlawanan dalam Pertandingan ini”.

Menurut kenyataan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semua perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut telah dibatalkan dan Hanelang dianggap telah menarik diri.

“Memandangkan Hanelang FC telah dianggap menarik diri daripada menyertai pertandingan di atas, maka semua perlawanan yang telah dimainkan melibatkan pasukan berkenaan adalah dibatalkan.

“Bagi mengelakkan sebarang keraguan, semua mata dan gol dalam perlawanan-perlawanan yang telah dimainkan sebelum perlawanan yang tersebut di atas membabitkan Hanelang FC tidak diambil kira untuk menentukan kedudukan Kumpulan B,” kata kenyataan tersebut.

Pengeluaran Hanelang FA daripada saingan Piala FAM musim ini bermakna hanya enam pasukan sahaja kini berada dalam Kumpulan B yang akan meneruskan baki dua lagi hari perlawanan pada 22 dan 29 Julai ini.

Bagaimanapun, dua pasukan teratas Kumpulan B, Terengganu City FC dan PJ Rangers FC sudah pun mengesahkan slot ke peringkat kalah mati, separuh akhir meskipun selepas perubahan pada kedudukan terkini.

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM akan menentukan hukuman yang bakal dikenakan kepada Hanelang FC dalam mesyuarat yang berikutnya dan akan juga mengusulkan kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk tindakan-tindakan lain.

Ketiadaan penaja utama punca Hanelang FC tarik diri

Masalah kewangan yang serius melanda pasukan ini sehingga menyebabkan berlakunya tunggakan gaji kerana ketiadaan penaja yang menjadi punca utama mereka mengambil keputusan tersebut.

Pasukan itu menghimpunkan ramai pemain-pemain berpengalaman antaranya Zairo Anuar Zailani, Harris Safwan Kamal, Tuah Iskandar dan Azlan Zainal.

Malah, mereka turut dibimbing oleh jurulatih tempatan yang pernah mengendalikan pasukan gergasi pantai timur seperti Terengganu dan Pahang iaitu Haji Ahmad Yusof.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN