Neymar Sah Tidak Dapat Beraksi Dalam Copa America Kerana Kecederaan

Perkhabaran kurang gembira diterima daripada kem Brazil – Neymar sah tidak akan beraksi dalam Copa America selepas mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Qatar – dalam aksi persabahatan.

Berita ini pastinya merencatkan sedikit persiapan yang telah dilakukan oleh Tite.

Neymar hanya sempat beraksi 20 minit dalam aksi yang dijadikan sebagai pemanas badan oleh Selecao sebelum sepak mula Copa America.

Neymar mengalami kecederaan di ligamen pergelangan kaki sebelah kanan. Neymar menangis ketika dikeluarkan kerana tahu peluang beliau untuk beraksi dalam Copa America sudah tertutup.

https://twitter.com/KNWorldFootball/status/1136535696351514624

Ini mengingatkan kita kepada satu lagi kecederaan Neymar sebelum kejohanan major sebelum ini. Namun Neymar berjaya pulih dan cergas untuk aksi Piala Dunia 2018.

Neymar adalah pemain bintang utama Brazil. Sebelum perlawanan menentang Qatar, beliau juga mengalami kecederaan ringan di pusat latihan.

Semoga cepat sembuh untuk Neymar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN