Neymar Lancar Karier Nyanyian Bawah Nama ‘Neymusico’, Rasmi Dengan 4 Assists Lawan Celtic

Tidak ramai pemain bola sepak yang terjun ke dunia profesion yang lain ketika di puncak karier.

Akan tetapi, ada juga beberapa nama yang pernah terjun untuk menjadi penyanyi misalnya ketika mereka masih bergelar pemain bola sepak profesional.

Nama-nama seperti John Barnes, Andy Cole, Paul Gascoigne, Jese Rodriguez, Clint Dempsey dan Pele semuanya pernah mencuba nasib sebagai penyanyi ketika mereka masih bermain bola sepak.

Dan kini, kita bakal ada penyanyi baharu dalam kalangan pemain bola sepak iaitu Neymar!

Lancar ‘single’ pertama minggu hadapan

Barangkali Neymar sudah mencapai segala apa yang dimahukannya dalam sukan bola sepak.

Mana tidaknya, bermain bersama dua pemain terhebat dunia iaitu Lionel Messi dan Luis Suarez untuk mencipta trio terhebat di Barcelona.

Neymar juga sudah puas menjadi kapten pasukan Brazil sehingga beliau telah melepaskan jawatan itu selepas Sukan Olimpik Rio yang lalu.

Gambar oleh Laurence Griffiths/Getty Images
Gambar oleh Laurence Griffiths/Getty Images

Dan Neymar juga sudah menjadi pemain pujaan di seluruh dunia!

Jadi apa lagi yang Neymar mahu?

Jawapannya adalah Neymar mahu menjadi penyanyi!

Neymar telah mengumumkan bakal muncul dengan single pertama beliau pada minggu depan menerusi akaun Twitternya yang mendapat 12 ribu kali retweet.

Dalam tweetnya Neymar berkata, “Pada hari Rabu ini akan bermula perjalanan karier muzik saya. Akan muncullah ‘Neymuscio’. Kongsikan pada semua!”

Neymar sudah lama mempunyai minat yang mendalam bidang muzik.

Dan beliau sering menghabiskan masanya bermain rakan sepasukan di Barcelona iaitu Dani Alves melakukan sesi jamming lagu dari Nicky Jam bertajuk El Perdon (Kemaafaan).

Beliau juga pernah bersama-sama dengan artis terkenal Brazil iaitu Michel Telo menyanyikan lagu Ai Se Eu Te Pego di konsert-konsert besar.

Dan yang menariknya lagu itu menjadi lagu hit di seluruh dunia!

Cetus kerisauan peminat

Namun begitu, keputusan Neymar untuk menceburi bidang nyanyian menimbulkan kerisauan dalam kalangan peminatnya.

Pada usia 24 tahun boleh dikatakan Neymar masih muda dan beliau sedang berada di puncak kariernya sebagai pemain bola sepak.

Sumber: zimbio.com
Sumber: zimbio.com

Rata-rata peminat risau karier muzik Neymar bakal menggangu prestasi beliau di atas padang bersama-sama Barcelona & Brazil.

Tetapi berdasarkan prestasi terkininya selepas membantu Barcelona membelasah Celtic 7-0 awal pagi tadi, konsentrasi Neymar di atas nampak tak terganggu.

Neymar menyumbang 4 assists dan 1 gol dalam perlawanan tersebut.

Adakah keputusan untuk menceburi dunia nyanyian ini baik untuk Neymar? Atau lebih baik beliau fokus sahaja pada bola sepak? Anda tentukan.

Baca juga: Neymar Jr’s Five: 5 Tips Bagaimana Untuk Mempertahankan Pintu Gol Tanpa Penjaga Gol

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN