Alexis Sanchez Yakin Dirinya Kini Setaraf Cristiano Ronaldo Dan Lionel Messi

Penyerang sensasi Arsenal Alexis Sanchez berkata, beliau pada tahap yang sama seperti superstar Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Alexis Sanchez pernah bermain bersama-sama dengan pemenang Ballon d’Or 5 kali Lionel Messi ketika di Barcelona sebelum meyertai Arsenal dengan harga £30 juta kontrak dua tahun yang lalu.

Beliau membantu Arsenal menjulang Piala FA serta menduduki tempat kedua dalam EPL musim lalu. Sanchez setakat ini sudah menjaringkan 30 gol untuk Arsenal daripada 68 penampilan dalam EPL.

Bercakap kepada akhbar sukan harian di Sepanyol Sports, Sanchez berkata:

“Saya telah mencapai tahap di mana saya boleh bersaing dengan mana-mana pemain yang hebat.”

“Saya tidak akan berasa rendah diri kepada sesiapa pun.”

“Saya boleh katakan yang kualiti saya adalah sama dengan Messi dan Ronaldo. Saya mempunyai kebolehan setaraf dengan mereka.”

Pemain antarabangsa Chile ini juga membantu negaranya menjuarai Copa America Centenario 2016. Mereka berjaya mempertahankan gelaran tersebut selepas kemenangan menerusi penentuan penalti ke atas Argentina yang diketuai Lionel Messi.

Kontrak Baru

Alexis Sanchez dikatakan masih belum menandatangani kontrak baru di Arsenal setakat ini. Namun begitu Arsene Wenger tidak panik dengan keadaan itu dan yakin Alexis akan menyambung kontrak beliau di Arsenal.

Laporan the Mirror menyatakan Alexis meminta kenaikan gaji sekitar £30 juta. Gaji semasa beliau adalah £140,000 seminggu. Ini bermakna Sanchez meminta gaji £175,00 seminggu.

Musim 2016/17

Arsenal bermula dengan sederhana pada musim ini di EPL. Namun Alexis tetap berjaya memberikan aksi yang baik terutama ketika kemenangan 1-3 menentang Watford.

Pada perlawanan pertama UCL, Alexis membantu Arsenal untuk  mencuri 1 mata daripada Paris St. Germain selepas meledak gol penyamaan.

Baca juga :Bagaimana Arsenal Guna Sistem False 9 & Deep Lying Playmaker Dengan Alexis & Xhaka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN