Neymar, Mbappe, Hazard Jadi Sasaran Real Madrid Bentuk ‘Galaticos Baru’

Presiden Real Madrid, Florentino Perez tidak menolak kemungkinan dua bintang bola sepak Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe akan beraksi bersama kelab itu di Santiago Bernabeu pada masa hadapan.

Malah Perez berharap kepulangan Zinedine Zidane sebagai pengurus Los Blancos mampu meyakinkan Mbappe yang juga berasal dari Perancis untuk berhijrah ke kelab Sepanyol itu. Bintang Chelsea, Eden Hazard turut dikatakan menjadi sasaran sebagai pemain yang akan dibawa masuk oleh Zidane pada musim panas nanti.

Zidane dan projek baru

Zinedine Zidane dinamakan semula sebagai pengurus Real Madrid pada awal pagi tad (waktu Malaysia) dan menandatangani kontrak sehingga 2022. Zidane meninggalkan Real Madrid secara mengejut 10 bulan yang lalu setelah membawa kelab itu menjuarai gelaran UEFA Champions League ketiga berturut-turut.

Bekas kapten Piala Dunia Perancis itu akan dipertanggungjawabkan  untuk memulihkan keseluruhan skuad Real Madrid yang kelihatan terumbang-ambing selepas dikendalikan oleh Julen Lopetegui dan Santiago Solari.

MADRID, SPAIN – MARCH 11: Zinedine Zidane, addresses the media after being announced as new Real Madrid head coach at Estadio Santiago Bernabeu on March 11, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Kedua-dua pengendali gagal mencapai sasaran yang dikehendaki oleh pihak kelab.

Satu perkara yang pasti ialah Zidane dikehendaki untuk membina skuad Los Blancos yang baharu dan mampu mencabar seteru utama, Barcelona di pertandingan domestik dan juga eropah.

Pengganti Ronaldo?

Harus diakui prestasi Real Madrid musim ini sedikit sebanyak terjejas akibat penghijrahan Cristiano Ronaldo ke Juventus pada musim panas lalu. Maka antara misi utama Perez dan juga Zidane ialah untuk mencari penganti kepada bintang Portugal itu.

Mbappe dan Neymar – dua pemain PSG – adalah pemain yang menepati profail di dalam projek baru ‘Galaticos’ gergasi La Liga itu.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Mbappe sebelum ini pernah menolak idea meninggalkan PSG dalam masa terdekat, namun tidak pernah menolak kemungkinan akan ke ibu kota Madrid itu satu hari nanti.

Neymar pula sering dikaitkan dengan Real Madrid sejak meninggalkan Barcelona dan berpindah ke PSG.

Bercakap kepada wartawan selepas memperkenalkan Zidane kepada media, Presiden Real Madrid mengaku Zidane mampu memainkan peranan untuk meyakinkan Mbappe.

“Zidane adalah orang Perancis. Mungkin beliau boleh meyakinkan Mbappe,” ujar beliau sambil ketawa.

Namun demikian, Perez mahu Zidane dan barisan pemain sedia ada memberikan fokus untuk menamatkan musim ini dengan sebaik mungkin.

“Buat masa sekarang, kami hanya mahu menamatkan musim ini sebaik mungkin,” ujar Perez lagi.

Neymar dan Hazard

Neymar turut tidak ketinggalan daripada menjadi subjek bualan perpindahan ke Santiago Bernabeu.

Real Madrid dikatakan sanggup berbelanja besar dan mengatasi nilai yang dibayar oleh PSG kepada Barcelona – sebelum menjadikan bintang Brazil itu sebagai pemain yang menerima bayaran termahal dunia.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Beberapa akhbar di UK turut berkata Zidane sudah pun merancang untuk memulakan perbincangan dengan Chelsea untuk membawa masuk Eden Hazard pada musim panas akan datang.

Ia seolah-olah Real Madrid sedang merancang membina satu lagi skuad ‘Galaticos’ yang dibimbing oleh Zinedine Zidane untuk tahun-tahun akan mendatang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN