Neymar: ‘Man. City Juara, Man. United No.2, Liverpool Tak Akan Berada 4 Teratas’

Neymar dan PSG akan bertandang ke Anfield dalam saingan UCL musim ini.

Bintang PSG itu sudah memulakan serangan saraf kepada Liverpool dengan menyatakan pasukan itu tak akan mampu menamatkan liga di 4 teratas musim ini.

Ini sekaligus merasakan Liverpool tidak akan bermain di UCL pada musim hadapan.

Neymar terbang ke Barcelona untuk menghadiri acara Poker dan beliau meluangkan masa dengan bekas rakan sepasukan beliau.

Bercakap kepada The Express, beliau meramalkan skuad Guardiola akan mempertahankan EPL musim ini. Skuad yang turut dibarisi rakan beliau seperti Fernandinho, Ederson dan Gabriel Jesus.

Ini diikuti oleh Manchester United yang akan sekali lagi menjadi naib juara EPL. Chelsea dan Spurs akan menamatkan saingan di tangga ke-3 dan 4. Neymar berkata:

“Ianya menarik untuk bercerita tentang EPL.”

“Satu soalan yang susah dan sangat sukar, tetapi saya pilih Manchester City akan menjuarainya.”

LIVERPOOL, ENGLAND – JUNE 03: Firmino of Brazil celebrates after scoring his sides second goal with Neymar Jr of Brazil and Fred of Brazil during the International Friendly match between Croatia and Brazil at Anfield on June 3, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

“Di tempat kedua adalah Man. United, di tangga ke-3 milik Chelsea dan Tottenham di tangga ke-4.”

Beliau mengesahkan yang tiada Liverpool dalam pilihan beliau walaupun pasukan itu memulakan musim sangat baik musim ini.

Neymar dan PSG akan berhadapan dengan Liverpool dalam saingan UCL pada 18 September ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN