Denmark Mungkin Berhadapan Dengan Gareth Bale Dan Wales Guna Pemain Futsal

Denmark berkemungkinan akan mengumumkan pasukan kedua untuk menentang Wales dalam pertandingan Nation League pada 9 September hadapan.

Menariknya, Persatuan Bola Sepak Denmark (DBU) mungkin akan turut menyenaraikan pemain futsal di dalam skuad mereka untuk perlawanan tersebut.

Perkara ini berlaku setelah DBU terus gagal mencapai persetujuan dengan barisan pemain utama berkenaan dengan hak imej yang berkaitan dengan hak komersil pemain.

(Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Skuad yang mengandungi 24 pemain Denmark juga dijangka tidak akan menamakan pemain dari Danish Superliga, ataupun pemain Divisyen 1 negara berkenaan.

DBU turut mengesahkan pemain dari bahagian ketiga dan keempat hierarki bola sepak di Denmark, disertai dengan beberapa pemain futsal akan melengkapkan skuad itu yang akan beaksi dalam perlawanan persahabatan menentang Slovakia, sebelum berhadapan Wales.

Setakat ini akhbar Denmark, Ekstra Bladet melaporkan lapan pemain dari kelab Divisyen 2 Denmark, Avarta, Skovshoved IF, IF Skjold Birkerød, Hellerup IK, Hillerød Fodbold sudah menyatakan kesediaan untuk dipanggil.

Salah seorang dari mereka ialah penyerang Avarta, Christian Offenberg yang merupakan penjaring terbanyak liga dengan 5 gol dari 6 perlawanan setakat ini.

Selain daripada beberapa pemain lain dari liga bawahan, sekurang-kurangnya lima pemain yang akan menggangotai skuad 24 pemain itu ialah dari kalangan pemain futsal.

Pengurus Denmark, Age Hareide turut akan direhatkan, dengan bekas pemain yang merupakan salah seorang anggota Euro 92, John Jensen akan mengambil alih.

DBU berpendapat Hareide tidak perlu menguruskan pasukan ini kerana ia bukan pemain yang beliau pilih.

(Photo by Gokhan Balci/Anadolu Agency/Getty Images)

Bintang Spurs, Christian Eriksen berkata DBU hanya perlu bersetuju dengan tuntutan pemain dengan melanjutkan terma yang diguna pakai selama ini selama sebulan.

Malah Eriksen berkata Persatuan Pemain Bola Sepak Denmark (Spillerforeningen) bersetuju untuk duduk merangka perjanjian baru selepas dua perlawanan pada September ini.

Eriksen merayu agar kedua-dua pihak mencari penyelesaian di meja rundingan secepat mungkin demi maruah bola sepak Denmark dan tidak bertindak mengeruhkan lagi keadaan.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi dari DBU mengenai kesediaan mereka untuk membuka pintu rundingan.

Tuntutan hak komersil pemain adalah perkara biasa bagi pemain di eropah, walaupun untuk saingan antarabangsa.

Ia turut melibatkan hak imej yang digunapakai oleh pihak persatuan untuk semua jenis bentuk promosi melibatkan pasukan kebangsaan.

Beberapa bulan lalu bintang Liverpool, Mohamed Salah turut mempunyai isu yang sama setelah Persatuan Bola Sepak Mesir menggunakan imej beliau untuk tujuan komersil tanpa kebenaran.

Di dalam bola sepak moden, hak imej dan komersil adalah sebahagian daripada sumber pendapatan yang menjana industri buat pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN