Pemain Barcelona yang dikaitkan dengan kontroversi perpindahan ke Paris-Saint Germain (PSG) iaitu Neymar kini sudah menarik nafas lega.
Beliau yang sebelum ini terpalit dengan isu cukai kini telah pun dibebaskan dari perkara berkenaan oleh pihak berkuasa di Brazil.
Neymar disabitkan kesalahan pada tahun lalu apabila tidak melaporkan laporan pendapatan beliau yang diperolehnya menerusi kontrak bersama kelab lamanya iaitu Santos, kelab terkini Barcelona dan para penajanya dari tahun 2011-2014.
Hasilnya, Neymar didenda sebanyak €56.7 juta pada tahun lalu.
Namun kini, pemain Barcelona itu kini sudah pun disahkan bersih daripada segala masalah percukaian selepas proses rayuan dilakukan berjaya.
Bagi bapa Neymar iaitu Neymar Sr, ia merupakan satu petanda yang mereka melakukan segala hasil kerja mereka mengikut undang-undang.
“Kes ini sudah pun ditutup, dan ini adalah bukti yang kami melakukan segala kerja kami mengikut undang-undang.”
“Ia merupakan satu berita gembira buat kami semua apabila kes ini telah ditutup oleh pihak berkuasa.”
Bapa Neymar mendedahkan yang mereka sekeluarga mengalami penderitaan dalam segala aspek, dan beliau berharap selepas ini semuanya menjadi lebih baik.
“Semuanya sudah selesai, sekarang ini menjadi tugas saya untuk fokus pada keluarga dan juga kerjaya.”
“Kami mahukan ketenangan yang kami berhak dapatkan.”
Sumber:
- Goal (2017): Neymar cleared of tax evasion in Brazil; http://www.goal.com/en-my/news/3889/main/2017/07/26/37330412/neymar-cleared-of-tax-evasion-in-brazil