FMLLP Terima Cadangan FAM! Liga Malaysia Berehat Pada Ogos 2017

Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dilaporkan bersetuju dengan cadangan dari FAM agar Liga Malaysia berehat sepanjang Ogos 2017.

Cadangan ini disuarakan oleh FAM menerusi Setiausaha Agung, Dato’ Aminuddin Mohd Amin minggu lalu. Ini kerana FAM mahu memberikan masa secukupnya kepada persiapan skuad Sukan SEA 2017.

Semalam pihak FMLLP dan FAM duduk semeja untuk membincangkan jadual liga 2018. Ini selepas teguran daripada Presiden FAM yang mengkritik jadual liga yang ada tidak cukup bagus.

TMJ mahukan pihak FMLLP mewujudkan jadual yang lebih baik pada masa akan datang dengan lebih prihatin dan cakna dengan kalendar bola sepak antarabangsa.

Sebentar tadi, FMLLP telah mengesahkan bahawa permintaan FAM untuk menangguhkan liga pada Ogos telah diterima dan dipersetujui.

Hal tersebut diumumkan menerusi laman rasmi mereka. Berikut adalah kenyataan media FMLLP:

“Football Malaysia LLP (FMLLP) telah menerima permohonan daripada pihak Pengurusan Pasukan Bawah 22 Tahun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menangguhkan perlawanan.”

“Ini untuk memberi persiapan pasukan Bawah 22 Tahun menghadapi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang dijadualkan bermula pada 17 hingga 30 Ogos 2017 dan FMLLP telah meluluskan pindaan jadual perlawanan tersebut.”

FMLLP mengumumkan senarai perlawanan yang akan ditukarkan serta tarikh baru perlawanan tersebut.

Perlawanan PM6 – TM Piala Malaysia 2017

Jadual asal – 9 Ogos 2017 (Rabu)
Pindaan – 9 September 2017

Perlawanan peringkat kalah mati TM Piala Malaysia 2017

Suku Akhir Pertama – 15 @ 16 September 2017 (Jumaat @ Sabtu)
Suku Akhir Kedua – 23 @ 24 September 2017 (Sabtu @ Ahad)
Separuh Akhir Pertama – 13 @ 14 Oktober 2017 (Jumaat @ Sabtu)
Separuh Akhir Kedua – 20 @ 21 Oktober 2017 (Jumaat @ Sabtu)
Perlawanan Akhir – 4 November 2017 (Sabtu)

Nota: Tarikh perlawanan Separuh Akhir 2 Piala Malaysia ditukar dengan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana ke-22.

Tarikh perlawanan Liga Super & 100Plus Liga Premier 2017 (LP/LS 21 & 22)

Jadual
LP21 – 29 September 2017 (Jumaat)
LS21 – 30 September 2017 (Sabtu)
LP22 – 20 Oktober 2017 (Jumaat)
LS22 – 21 Oktober 2017 (Sabtu)

Pindaan
LP21 – 26 September 2017 (Selasa)
LS21 – 27 September 2017 (Rabu)
LP22 – 27 Oktober 2017 (Jumaat)
LP22 – 28 Oktober 2017 (Sabtu)

Football Malaysia LLP mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada pasukan Malaysia Bawah 22 Tahun dalam Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Sebelum ini, para penyokong liga Malaysia berbagi pendapat tentang hal ini. Ini kerana liga Malaysia baru bersambung selepas cuti sepanjang ramadan dan Hari Raya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN