Luis Enrique melabel Neymar sebagai ‘beast’ dan berharap bintang Barcelona itu menjaringkan 900 lagi gol dalam karier selepas menjaringkan 100 gol lagi untuk Barcelona.
Perlawanan menentang Granada pastinya akan diingati oleh Neymar dan peminat Barcelona. Pemain ini terus membawa aksi cemerlang di peringkat kebangsaan.
Sebelum ini, Neymar mengetuai Brazil untuk menjadi pasukan pertama mara ke Piala Dunia Russia.
Aksi cemerlang Neymar menjadikan beliau sebagai pemain penting Barcelona musim ini. Beliau menjadi instrumen utama Barca ketika bangkit menentang PSG tempoh hari.
Dalam perlawanan awal pagi tadi Barcelona menang 4-1 ke atas. Sekaligus menjadi satu-satunya pesaing kepada Real Madrid selepas Sevilla boleh dikatakan sudah terkeluar daripada persaingan.
Neymar menyertai kelab 100 gol dan ke atas dalam pasukan ini selepas Messi. Neymar menjaringkan 100 gol selepas 177 perlawanan.
Paling menarik, gol ke-100 adalah pada masa kecederaan menerusi voli mudah.
https://www.youtube.com/watch?v=8mtujDPB3f0
Enrique berkata:
“Jumlah gol itu menunjukkan beliau adalah ‘beast’ di dalam bola sepak. Dia adalah pemain yang paling sukar dikawal pertahan kerana gerakan beliau.”
“Menandatangani Neymar pada 2013 adalah perkara yang hebat untuk kelab ini. Harap dia dapat jaringkan 900 lagi gol dan kita dapat saksikan dia terus bermain di Barcelona.”
Tahniah untuk Neymar untuk jaringan seabad ini! Neymar memang dalam prestasi terbaik di dalam karier beliau.
Baca juga: Peminat Arsenal Lancar Panduan Bagaimana Nak Pastikan Wenger Letak Jawatan