Neymar Terpaksa Disisihkan Sehingga Sebulan Sebelum Piala Dunia

Bintang Paris Saint-Germain kelahiran Brazil, Neymar dijadualkan akan menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaan kaki yang dialaminya baru-baru ini.

Pembedahan tersebut akan menyebabkan pemain antarabangsa Brazil tersebut tidak dapat beraksi sehingga Mei, iaitu kira-kira sebulan sebelum sepak mula kejohanan Piala Dunia di Rusia.

Neymar mengalami patah tulang metatarsal di kaki sebelah kanan, dan terseliuh buku lali ketika membantu PSG menewaskan Marseille 3-0 pada hujung minggu lalu.

(Photo by Mehdi Taamallah/NurPhoto via Getty Images)

Menurut Globo Esporte, penyerang antarabangsa Brazil itu akan menjalani pembedahan tersebut sebelum memerlukan tiga bulan untuk proses pemulihan sepenuhnya.

Ini bermakna Neymar hanya boleh beraksi menjelang penghujung Mei, iaitu sebulan sebelum sepak mula Piala Dunia.

Pengurus PSG, Unai Emery (gambar bawah) dijangka akan membuat pengumuman yang lebih jelas mengenai status dan tahao kecederaan Neymar dalam satu sidang media pada lewat hari ini menjelang perlawanan Coupe de France menentang Marseille.

(Photo credit should read PASCAL PAVANI/AFP/Getty Images)

Dalam perkembangan berkaitan, pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengharapkan pemain itu akan pulih secepat mungkin daripada kecederaan yang dialaminya.

Walaupun ketiadaan Neymar mungkin akan melemahkan saingan PSG ketika berhadapan dengan Real Madrid dalam perlawanan pusingan kedua peringkat 16 pasukan terakhir saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Zidane mempunyai pendapat beliau tersendiri.

“Tidak. Saya tidak suka jika ada pemain yang mengalami kecederaan. Saya tidak suka bila mendapat tahu Neymar mengalami kecederaan. Sudah tentu saya mengharapkan Neymar boleh beraksi.”

“Saya tidak pernah mahu atau meminta pemain lawan mengalami kecederaan. Saya juga berpendapat ketiadaan Neymar tidak akan mengubah cabaran PSG. Akan ada pengganti lain yang akan diletakkan oleh jurulatih,” jelas Zidane.

(Photo by Angel Martinez/Real Madrid via Getty Images)

Zidane dipetik sebagai berkata demikian menjelang perlawanan La Liga menentang Espanyol pada awal pagi nanti.

Skuad Los Blancos mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas PSG dalam pusingan pertama peringkat kalah mati dalam saingan UCL.

Skuad kendalian Zidane itu dijadualkan akan bertandang ke Parc des Princes pada 6 Mac hadapan untuk mempertahankan kelebihan yang mereka miliki, sebelum mengesahkan slot ke suku akhir pertandingan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN