Neymar Beritahu Memori Bantu Barcelona Kalahkan PSG Adalah Memori Terindahnya

neymar

Jika anda mencari-cari ilham bagaimana hendak memutuskan hubungan dengan pasangan anda dengan cara paling pantas, anda boleh beritahu media bahawa memori terindah anda adalah pengalaman terburuk pasangan anda.

Inilah yang dilakukan oleh pemain bintang Paris Saint-German (PSG), Neymar kepada kelabnya ketika sidang media Red Bull Neymar Jr’s Five di Sao Paolo, Brazil awal pagi waktu Malaysia tadi.

Menjawab soalan media mengenai memori terindahnya di bilik persalinan, Neymar pada mulanya tiada idea. Tetapi selepas berfikir beberapa saat kemudian, penyerang sayap PSG dan Brazil ini menjawab: “Masa kami menang lawan PSG dengan Barcelona, suasana bilik persalinan selepas itu jadi gila! Saya rasa itulah perasaan paling gemilang pernah kami rasa.”

Neymar merujuk kepada kemenangan 6-1 Barcelona pada perlawanan timbal balik di Nou Camp selepas ketinggalan 0-4 kepada PSG semasa pusingan 16 terbaik UEFA Champions League 2016/2017.

Dalam perlawanan tersebut, Neymar menjaringkan 2 gol dan menyumbang 1 bantuan gol untuk Barcelona.

Susulan kenyataan yang dibuat Neymar ini tular di Twitter, penyokong PSG rata-ratanya berjanji akan ‘menyambut’ kepulangan penyerang berusia 27 tahun ini dengan siulan dan ejekan boo di Parc des Princes.

Ketika ini khabar angin yang mengatakan Neymar mahu keluar dari PSG sedang bertiup kencang. Barcelona merupakan calon pilihan pertama Neymar. Bagaimanapun ketibaan Antoine Griezmann menyebabkan Barcelona tidak mempunyai cukup wang untuk membawa pulang bekas pemain mereka itu ke Nou Camp.

Neymar sudah pun mengingkari arahan kelabnya untuk pulang menyertai sesi pra-musim seminggu lepas. Dengan perkembangan baru ini, tidak mungkin Thomas Tuchel (ketua jurulatih), Leonardo (pengarah sukan) dan Nasser Al-Khelaifi (presiden) akan senyum mendengar berita ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN