Newcastle United Sah Lantik Steve Bruce Selaku Pengurus Baru

Bruce menerima tawaran selaku pengurus baru Newcastle United. Jawatan pengurus di St. James Park itu kosong apabila Rafa Benitez tidak menyambung kontrak dengan kelab itu.

Kelmarin, Steve Bruce telah meletakkan jawatan pengurus Sheffield Wednesday. Kelab Sheffield itu kini beraksi dalam saingan EFL Championship.

Bruce menandatangani kontrak selama tiga tahun. Dalam temuramah pertamanya disiarkan di laman rasmi kelab, beliau berbangga mengendalikan kelab yang disokongnya sejak kecil.

Mendiang bapanya turut pernah menjadikan Newcastle selaku kelab sokongannya. Bruce mengatakan ia detik membanggakan dirinya dan keluarga.

Pampasan

Media Britain menyebut bahawa Newcastle United dikatakan hanya mampu membayar 1 juta Pound Sterling kepada Sheffield Wednesday. Walhal, Wednesday mahukan Newcastle membayar pampasan bernilai 5 juta Pound Sterling.

Diberitakan dua orang pembantunya, Stuart Agnew dan Stephen Clemence turut mengikuti jejak langkahnya. Bruce telah menemui pengurusan Newcastle pada Sabtu lepas.

Pada Ahad (14 Julai), Bruce mengendalikan satu perlawanan persahabatan antara Wednesday menentang Lincoln City. Wednesday tewaskan Lincoln melalui skor 3-1.

Ke China?

Newcastle kini berada di China bagi persiapan pra-musim. Mereka dijadualkan menentang Wolves dalam kempen Premier League Asia Trophy.

Terdapat berita mengatakan beberapa individu telah menolak untuk mengendalikan Newcastle. Antaranya Mikel Arteta dan Patrick Vieira.

Roberto Martinez, mantan pengurus Wigan Athletic dan Everton juga dilaporkan menolak tawaran mengurus Magpies.

Para penyokong Newcastle dilihat sudah berang dengan pengurusan Mike Ashley. Salah satu kegagalan ketara Ashley ialah cuba mengekalkan Rafa Benitez.

Seminggu selepas Benitez meninggal Newcastle, individu berasal dari Sepanyol itu bersetuju menyertai sebuah kelab di China.

Pengalaman

MANCHESTER, ENGLAND – NOVEMBER 05: Sir Alex Ferguson (L) of Manchester United and Steve Bruce of Sunderland walk off after the Barclays Premier League match between Manchester United and Sunderland at Old Trafford on November 5, 2011 in Manchester, England. (Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)

Steve Bruce antara pengurus yang berpengalaman di liga utama England. Beliau pernah menguruskan Birmingham City, Wigan Athletic dan Aston Villa.

Newcastle United menjadi kelab kesepuluh dikendalikan Bruce.

Sunderland juga pernah menjadi kelab diuruskan bekas pemain pertahanan Manchester United. Nampaknya suhu derbi setempat Timur Laut England akan meningkat semula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN