Quantcast

BERITA

Kelayakan Piala Dunia 2022: UAE & Tiga Jiran Serantau Bakal Jadi Halangan Skuad Negara

Teka teki negara yang bakal menjadi saingan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 akhirnya terungkai sebentar tadi.

Undian yang dilakukan di AFC Club House, Bukit Jalil itu meletakkan Malaysia bersama-sama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam kumpulan G.

Seperti yang dapat disaksikan menerusi siaran langsung, kumpulan G jelas menjadi tumpuan ramai selepas menempatkan empat pasukan jagoan serantau itu.

Jadual perlawanan skuad negara pada peringkat kedua pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Saingan pusingan kedua peringkat kelayakan ini bakal menyaksikan 40 pasukan bakal beradu kekuatan untuk merebut lapan tempat selaku juara kumpulan serta empat naib juara kumpulan terbaik bagi melayakkan diri  ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022.

12 pasukan terbaik itu juga akan layak secara automatik ke Piala Asia 2023.

Kempen peringkat kelayakan ini dijadualkan akan berlangsung pada 5 September 2019 hingga 9 Jun 2020.

Berikut adalah senarai penuh setiap kumpulan selepas undian sebentar tadi:

Kumpulan A: China, Syria, Filipina, Maldives & Guam

Kumpulan B: Australia, Jordan, Chinese Taipei, Kuwait & Nepal

Kumpulan C: Iran, Iraq, Bahrain, Hong Kong & Kemboja

Kumpulan D:  Arab Saudi, Uzbekistan, Palestin, Yemen & Singapura

Kumpulan E: Bangladesh, Oman, India, Afghanistan & Qatar

Kumpulan F: Jepun, Kyrgyz Republic, Tajikistan, Myanmar & Mongolia

Kumpulan G: UAE, Vietnam, Thailand, Malaysia & Indonesia

Kumpulan H: Korea Selatan, Lebanon, Korea DPR, Turkmenistan & Sri Lanka

Kredit foto: Football Association of Malaysia (Official)