Kisah bagaimana pemain baharu Newcastle United, Florent Indelacio menjadi pemain bola sepak profesional mungkin lebih hebat daripada perjalanan karier penyerang England, Jamie Vardy.
Tahun lepas beliau hanya bekerja di tapak binaan sebagai buruh kasar sambil bermain untuk kelab divisyen ke-4 Australia, Fraser Park FC.
Tetapi aksi mengkagumkan pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan gol menerusi sepakan akrobatik ketika sesi percubaan telah memberi keyakinan untuk kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan untuk menandatanganinya.
What a wonder strike by florent indalecio who has been playing in the Australian division 5 and is friends with wor @asaintmaximin hopefully @nufc will sign him up #nufctakeover #nufc #hwtl pic.twitter.com/Q5z9QN0ITV
— 100% MAGS (@100PCTMAGS) September 16, 2020
Dalam satu temubual bersama akhbar Australia, The Sydney Morning Herald, Indelacio berkongsi bagaimana kisah perjalanannya dalam mengejar cita-cita untuk mendapat kontrak profesional pertamanya.
Remaja bermasalah
Segalanya bermula apabila beliau disingkirkan daripada akademi kelab Ligue 1, Saint-Etienee ketika berusia 15 tahun disebabkan masalah disiplin. Selepas gagal mencari kelab baharu dalam tempoh beberapa bulan, beliau membawa diri ke Australia.
Walaupun pada awalnya kedatangnnya ke negara Kanggaru itu hanyalah sebagai pelancong, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk menetap di sana selepas mendapat pekerjaan di tapak binaan.
Dengan bakat yang ada, beliau diterima untuk beraksi bersama sebuah kelab kecil di daerah Canterbury. Dalam keadaan tersebut, beliau beranggapan sudah boleh melupakan hasrat untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
Bagai bulan jatuh ke riba
Segalanya berubah apabila kawab karibnya, Allan Saint-Maximin memberikannya ‘talian hayat’ apabila mengajaknya untuk menghadiri sesi percubaan di Newcastle United.
Allan Saint-Maximin now has 9 goals/assists in his last 14 starts for Newcastle.
Always had the trickery & dribbling skills but end product was the complaint against him, even during his time in Ligue 1.
Not anymore. pic.twitter.com/twro4mWB6L
— Premier League Panel (@PremLeaguePanel) October 3, 2020
“Dia [Saint-Maximin] adalah sehabat sejati saya. Dialah orang yang memberikan peluang kepada saya, dia mengajak saya untuk menghadiri sesi percubaan terebut,” kata pemain kelahiran Perancis itu.
Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Peluang untuk menjalani sesi percubaan bersama sebuah kelab EPL mungkin hanya datang sekali sahaja dalam hidupnya.
Dengan menjaringkan gol yang cukup menarik dan mempamerkan aksi yang meyakinkan, beliau akhirnya dipilih untuk menjadi pemain bawah 23 tahun (B-23) The Magpies.
Demi semangat dan cita-cita
“Saya bercakap kepada kelab, apabila saya menandatangani kontrak ini, saya tidak melakukannya hanya untuk suka-suka, untuk tayang di media sosial ‘oh, saya sekarang pemain profesional, saya buat duit dengan pasukan ini’, tidak tidak tidak.
“Saya memang sukakan bola sepak, saya bermain dengan atas dasar minat yang tinggi. Jika Newcastle mahu menandatangani saya secara percuma, saya akan bermain untuk mereka dengan percuma, tiada masalah.
https://twitter.com/NewcastleFansTV/status/1319605243055902721?s=20
“Saya akan pastikan mereka tidak akan menyesal mengambil saya, kerana saya yakin akan dapat bantu pasukan dan saya akan berikan yang terbaik dan sepenuh jiwa untuk pasukan ini.”
Nasibnya mungkin kerana berjaya menguasai bahasa Inggeris semasa di Australia.
“Saya tidak pernah bercakap dalam bahasa Inggeris sebelum itu. Saya hanya belajar bahasa Inggeris semasa di tapak binaan kerana perlu berkomunikasi dengan bos saya dan semua buruh lain.
“Saya hanya ikut sahaja apa yang rakan sekerja lain lakukan, bagaimana mereka bekerja, bagaimana mereka membancuh simen, bagaimana mereka menyusun batu-bata. Semua orang membantu saya. Kerja itu memang memenatkan dan membuatkan badan saya sangat letih setiap hari.
Buang yang keruh, ambil yang jernih
“Semasa saya bekerja di Australian, saya lihat sudah banyak kawan-kawan saya yang lain bermain untuk kelab profesional, sementara saya pula bekerja di tapak binaan. Tetapi hari ini saya sudah jadi pemain Newcastle dan saya sangat bangga.
Nothing to separate the two sides at the break.
Florent Indalecio has came on for his U23s debut, replacing Stan Flaherty before the half-hour mark. 💪 pic.twitter.com/kxhNTRMUcS
— Newcastle United FC (@NUFC) October 23, 2020
“Ia kelab yang sangat besar dan peluang yang besar juga untuk saya bermula daripada bawah. Matlamat utama saya sekarang adalah beraksi sebaik mungkin bersama skuad B-23 dan buktikan saya mampu bermain di peringkat yang lebih tinggi.”
Indelacio bagaimanapun mengakui beliau sangat menyesal kerana mempersia-siakan usia mudanya suatu masa dahulu dan berharap ianya akan menjadi pengajaran kepada pemain-pemain muda lain agar menjaga disiplin dan sikap.
Adakah Santiago Munez dalam dunia sebenar telah ditemui?
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:
James Rodriguez Bakal Diketepikan Selepas Cedera Dibentes van Dijk
De Gea Kembali Ke Prestasi Terbaik Kerana Tergugat Dengan Henderson