Wah! Ini satu bentuk sokongan yang cukup menarik ditampilkan oleh pasukan bola sepak.
Pasukan dari Major League Soccer (MLS) iaitu New York Red Bulls (RBNY) telah menzahirkan sokongan yang cukup unik kepada satu kempen melibatkan para pesakit kanser.
Menurut laman Goal, para pemain RBNY akan menyarung kasut bola sepak mereka yang dihiasi dengan corak lukisan yang dilakukan oleh para pesakit kanser yang terdiri daripada kanak-kanak.
Sokongan yang ditunjukkan ini adalah sebahagian daripada usaha pasukan MLS itu untuk memberi sokongan kepada kempen Tackle Kids Cancer yang diadakan di Amerika Syarikat.
Semuanya bermula apabila kanak-kanak yang menghidap kanser pediatrik hadir melawat ke kompleks latihan RBNY.
Kanak-kanak itu kemudiannya digandingkan dengan pemain RBNY setiap seorang untuk melakar corak pada kasut bola sepak itu.
Dan apa saja yang anda jangkakan dari kanak-kanak? Mereka melakar dengan penuh imaginasi!
Ada yang melakar wajah Spongebob Squarepants, piza dan juga watak Pikachu turut ada!
Bradley Wright-Phillips will feature Pikachu from @Pokemon! #TackleKidsCancer | #RBNY pic.twitter.com/ekarobhgU6
— New York Red Bulls (@NewYorkRedBulls) September 20, 2018
Kasut bola sepak ini bukanlah hanya dilakar sekadar suka-suka. Tetapi ianya dipakai oleh para pemain RBNY dalam perlawanan MLS mereka menentang Toronto FC baru-baru ini.
Ianya disarung oleh para pemain RBNY ketika sesi memanaskan badan pada perlawanan itu.
Sean Davis will have @SpongeBob, 😊 and 🦅 on his boots#TackleKidsCancer | #RBNY pic.twitter.com/zpTYv1gjmM
— New York Red Bulls (@NewYorkRedBulls) September 20, 2018
Kempen sebegini jelas merupakan satu cara yang baik untuk mempromosikan kempen kesedaran mengenai kanser di negara tersebut.
Dalam masa yang sama, ia merupakan satu cara yang baik untuk menjadikan kelab bola sepak lebih dekat dengan masyarakat dan bukannya sekadar kelab sukan semata-mata.
Diharap di Malaysia akan ada pasukan yang mengambil inisiatif sebegini. Tahniah New York Red Bulls!