Piala Carabao: Hazard Lebur ‘Permulaan Sempurna’ Liverpool Di Anfield

Eden Hazard ialah salah seorang pemain terbaik dunia, ujar pembantu jurulatih Chelsea, Giafranco Zola selepas pemain itu menjaringkan gol menakjubkan untuk menyingkirkan Liverpool dari saingan Piala Carabao.

Pemain antarabangsa Belgium itu merembat deras ke penjuru kanan gawang Liverpool, lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Liverpool terlebih dahulu berada di hadapan, memungkinkan permulaan sempurna buat kelab Merseyside itu dalam semua pertandingan pada musim ini.

LIVERPOOL, ENGLAND – SEPTEMBER 26: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Daniel Sturridge of Liverpool scores the first goal during the Carabao Cup Third Round match between Liverpool and Chelsea at Anfield on September 25, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Hazard yang tampil dari bangku pemain simpanan pada babak kedua permainan pada mulanya bermula agak perlahan.

Namun pemain tersebut kemudiannya memperdayakan Alberto Moreno sebelum merembat deras untuk gol kemenangan Chelsea.

“Ia adalah gol yang cantik. Bukan sahaja kerana ia gol cantik, tetapi juga kerana masa gol itu dijaringkan,” ujar Zola.

“Hazard bukan sahaja salah seorang pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris. Beliau mungkin adalah yang terbaik, di sini, juga salah seorang pemain terbaik di eropah dan dunia.

“Pada pendapat saya, kita sebenarnya belum melihat kemampuan sebenar pemain ini. Beliau sangat luar biasa,” tambah Zola.

Chelsea’s Eden Hazard scores his side’s second goal of the game during the Carabao Cup, Third Round match at Anfield, Liverpool. (Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Chelsea adalah pasukan yang lebih baik pada babak pertama perlawanan, namun turut menyaksikan Alvaro Morata terlepas beberapa peluang terbuka untuk menjaringkan gol.

Kekalahan ini adalah kekalahan pertama buat Liverpool pada musim ini dalam semua pertandingan, sekaligus terlepas peluang untuk satu gelaran pada musim ini, sepertimana seteru mereka Manchester United.

Chelsea pernah menjuarai pertandingan ini sebanyak lima kali. Kali terakhir The Blues bergelar juara ialah pada musim 2014/15 bersama Jose Mourinho.

Saksikan gol kemenangan Eden Hazard melalui pautan di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN