Neville Mahu Solskjaer Contohi Tindakan Pochettino Dalam Membina Semula Tottenham

Neville

Bekas kapten Manchester United, Gary Neville menyarankan kelab supaya membuat perubahan terhadap pemain Red Devils selepas gagal menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan empat terbaik.

Impian Manchester United untuk bermain di pentas Liga Juara-Juara musim hadapan berakhir apabila skuad itu gagal meraih tiga mata penting selepas diikat 1-1 oleh kelab tercorot Huddersfield Town, semalam.

Kegagalan itu jelas membuatkan ramai peminat termasuk juga Neville tampil mengkritik secara terbuka mengenai kualiti skuad Ole Gunnar Solskjaer ketika ini.

Contohi Pochettino

Bagi Neville, beliau menyarankan agar Solskjaer mencontohi langkah yang pernah dilakukan oleh Mauricio Pochettino di Tottenham Hotspur satu ketika dahulu, jika beliau benar-benar mahu menyelamatkan reputasi pasukan itu.

Seperti diketahui, sejak Pochettino dilantik menjadi pengurus Spurs pada tahun 2014, pengedali kelahiran Argetina itu telah melakukan perubahan drastik dalam skuad The Lilywhites. 

Beliau telah menjual satu persatu pemain dan akhirnya membina sebuah pasukan dengan sebahagian besarnya adalah pemain baharu.

ENFIELD, ENGLAND – AUGUST 27: Manager of Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino looks on during a Tottenham Hotspur training session on August 27, 2014 in Enfield, England. (Photo by Jamie McDonald/Getty Images)

“Ini sama sekali bukanlah sebuah pasukan [Manchester United]. Ini mengingatkan saya pada skuad Tottenham yang diwarisi oleh [Mauricio] Pochettino, dengan pemain seperti [Younes] Kaboul, [Emmanuel] Adebayor, [Vlad] Chiriches, [Etienne] Capoue, sebuah pasukan dengan para pemain tanpa memiliki semangat yang nyata, dia membuangnya satu demi satu.”

“Ole perlu melakukan hal yang sama, lebih bagus jika kelab melantik seorang pengarah sukan yang berpengalaman untuk membantu dia, tetapi berita pelantikan seperti ini yang selalu muncul di media tidak akan membantu,” kata Neville menerusi Sky Sports.

Bagaimanapun, Neville tetap bersimpati dengan beban yang perlu ditanggung oleh Solskjaer pada ketika ini.

HUDDERSFIELD, ENGLAND – MAY 05: Manchester United manager Ole Gunnar Solskjaer in the dug out before the Premier League match between Huddersfield Town and Manchester United at John Smith’s Stadium on May 05, 2019 in Huddersfield, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Beliau berkata, “Sebagai pengurus, anda ingin menyukai pasukan anda. Saya melihat Ole. Saya tidak boleh bayangkan perasaan dia adakah dia gembira melihat pemainnya.”

Menurut sumber akhbar berpengkalan di Britain, beberapa pemain utama Manchester United dijangka akan meninggalkan Old Trafford pada penghujung musim ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN