Gary Neville berpendapat Manchester United perlu untuk menukar set pertahanan mereka secara total. Ini selepas kekalahan Man. United di tangan Barcelona 3-0 di Nou Camp.
United tersingkir secara agregat 4-0 dan ianya merupakan pencapaian terburuk mereka dalam UCL di peringkat kalah mati secara margin agregat.
Neville menyatakan, ada beberapa pemain boleh menjadi pengalaman menentang Barcelona sebagai satu pembelajaran. Namun ada beberapa pemain lagi perlu dilepaskan kerana memang tidak cukup bagus.
Neville berkata: “Untuk pemain seperti Marcus Rashford dan McTominay, saya rasakan mereka mendapat pembelajaran berguna daripada kekalahan ini. Mereka boleh merasai perlawanan bola sepak peringkat elit. Namun untuk beberapa lagi pemain, ianya memang tidak bagus dan tidak mampu untuk meningkatkan lagi prestasi mereka.”
“Staf kejurulatihan pastinya melihat jauhnya beza di antara Manchester United dengan pasukan-pasukan terbaik Eropah yang lain. United perlu merombak semula skuad ini.”
“Solskjaer perlukan pertahanan, satu set pertahanan secara keseluruhannya – itu yang saya boleh kata.”
Gary Neville didn't hold back after Man United's defeat to Barcelona! https://t.co/ZzCSllio37
— GOAL News (@GoalNews) April 17, 2019
Solskjaer kini mencatatkan 5 kekalahan dalam 7 perlawanan terakhir. Neville enggan menyalahkan Solskjaer. Sebaliknya beliau berpendapat, apa yang berlaku dalam beberapa minggu ini adalah realiti sebenar kualiti skuad United yang ada pada hari ini.
“Beberapa minggu terakhir ini adalah ‘reality check’ untuk Manchester United. Namun malam ini anda ada perasaan tentang betapa jauhnya mereka daripada pasukan yang mereka ingin jadi.”
“Saya rasa Ole sedar akan perkara ini dalam beberapa bulan terkahir ini. Dalam 2 bulan perta, segalanya nampak mekar, nampak sempurna, pemain bermain di tahap yang terbaik. Secara jujurnya saya tidak melihat aksi itu kerana mereka tidak mempamerkannya.”
Neville kemudian mengkritik aksi Paul Pogba yang dianggap beliau sebagai teruk.
“Pogba malam ini bermain seperti mana ketika pra-kedatangan Ole. Rasanya malam ini beliau sangat teruk, banyak menggentel bola sepanjang masa, bermain bersendirian, tidak ‘keluar’ dan bergerak. Kerap kelihatan beliau tidak berminat untuk bermain.”
Gary Neville claims Paul Pogba is playing how he was before Ole Gunnar Solskjaer's arrival https://t.co/VhzllS0seW pic.twitter.com/WATtkgubOT
— Mirror Football (@MirrorFootball) April 17, 2019
“Namun Pogba pemain yang bagus dan boleh menjadi pemain yang hebat. Beliau hanya perlu fokus kembali di atas padang.”