Netizen Berang Azam Azih Tidak Terpilih Menyertai Skuad Piala Suzuki AFF

Nor Azam Azih, Piala Airmarine
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Impian peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikan kelibat pemain tengah berbakat dari Pahang iaitu Nor Azam Azih di Piala Suzuki AFF tahun ini tidak menjadi kenyataan apabila namanya tersisih dalam senarai 23 pemain akhir.

Pengumuman mengenai barisan 23 pemain itu dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi yang turut menyaksikan seorang lagi pemain tengah dari Sabah, Azizan Nordin bersama pemain pertahanan JDT, Azrif Nasrulhaq digugurkan.

Netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai ketiadaan Azam Azih yang disifatkan sebagai merugikan kerana Azam adalah seorang pemain tengah yang terbaik dan mampu menjana kreativiti di bahagian serangan.

Kami difahamkan punca utama beliau tidak terpilih kali ini ialah tahap kecederaan yang dialami olehnya. Ia disahkan sendiri oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal.

Namun begitu, Azam tetap menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan menganggap bukan rezeki untuknya beraksi dalam saingan Piala AFF tahun ini.

Tinjauan di media sosial mendapati kebanyakan penyokong berpendapat bahagian tengah Malaysia tidak akan berfungsi dengan baik jika Azam Azih tidak beraksi dengan skuad Harimau Malaya berdasarkan prestasinya ketika beraksi menentang Maldives semalam.

Sebelum ini Azam turut tidak berada dalam senarai pemain yang dipanggil untuk aksi persahabatan menentang Krygyzstan  kerana beliau menjalani sesi pemulihan akibat kecederaan hamstring yang telah dialaminya ketika saingan Piala Malaysia 2018 bersama Pahang.

Kami berpendapat mungkin disebabkan itu, Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe enggan mengambil risiko kerana kecederaan ringan yang dialami oleh Azam Azih mampu menjadi lebih teruk di perlawanan sebenar dan tidak sempat pulih. Ia juga akan menjejaskan perancangan dan taktikal beliau.

Untuk pengetahuan para penyokong, sepanjang kejohanan Piala Suzuki AFF ini berlangsung, senarai 23 pemain akhir ini tidak boleh ditukar dengan pemain baharu walaupun pemain itu mengalami kecederaan.

Jadi, setiap pasukan perlu menggunakan pemain yang sedia ada dalam senarai akhir itu. Peraturan AFF juga menetapkan setiap pasukan wajib menyenaraikan 3 penjaga gol dalam skuad akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN