Ernesto Valverde Puji Sumbangan Diberikan Ousmane Dembele Bantu Kemenangan Barcelona

Dembele

Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde mengakui bahawa beliau mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap aksi Ousmane Dembele dan ternyata beliau memuji sumbangan berkesan diberikan pemain antarabangsa Perancis itu awal pagi tadi.

Dembele berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 dan kemudiannya Luis Suarez menjaringkan gol bagi memberikan kemenangan buat Barcelona  menewaskan Rayo Vallecano di Estadio De Vallecas.

Dembele pada permulaan aksinya sedikit bergelut untuk memberikan aksi terbaik beliau, namun menjadi penyelamat dengan gol penyamaan tersebut.

Menurut sumber Goal, Valverde ternyata mengharapkan sesuatu yang lebih terhadap Dembele.

’’Kami mengharapkan sesuatu yang lebih dari Ousmane Dembele.’’

’’Dembele mampu menjadi faktor penentu dan hari ini dia membantu kami dengan jaringan hebat yang memberikan peluang kami mencatatkan kemenangan.’’

Pada perlawanan tersebut, Dembele dimasukkan pada minit ke-52 bagi menggantikan Rafinha.

Barcelona berjaya di hadapan seawal minit ke-10 menerusi Luis Suarez sebelum Jose Pozo dan Alvaro Garcia menjadikan kedudukan 2-1 memihak tuan rumah.

Status pasukan gergasi jelas menjadi kelebihan buat Barcelona yang dapat menyerap tekanan untuk kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-87 menerusi Dembele.

Luis Suarez kemudiannya menghadiahkan kemenangan ke-7 La Liga musim ini buat kelab Catalan itu menerusi jaringan pada minit ke-90.

Selepas mengharungi 11 perlawanan liga, skuad bimbingan Valverde itu menghuni tangga teratas dengan mencatatkan 24 untuk meninggalkan Atletico Madrid dan Deportivo Alaves di tangga kedua dan ketiga dengan 20 mata.

Alaves bagaimanapun masih kekurangan satu perlawanan, berpeluang untuk merapatkan jurang tipis kepada satu mata dengan Barcelona.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN