Nemanja Matic: Para Pemain Manchester United Perlu Ambil Tanggungjawab Diatas Pemecatan Jose Mourinho

Matic

Nemanja Matic menyifatkan bahawa para pemain Manchester United perlu mengambil tanggungjawab sehingga menyebabkan pengendali terdahulu, Jose Mourinho dipecat daripada pasukan.

Mourinho kehilangan tugas selepas Manchester United tewas 3-1 ditangan Liverpool pada 16 Disember lalu.

Sehubungan dengan itu, bekas penyerang yang membantu United menjuarai Liga Juara-Juara Eropah 1999, Ole Gunnar Solskjaer dilantik selaku pengurus sementara sehingga hujung musim ini.

Pengurus dari Norway itu pula memberikan impak pantas selepas skuad bimbingannya membelasah Cardiff City 5-1 dalam satu aksi yang meyakinkan buat Manchester United.

Menurut sumber Sky Sports, ketika ditanya adakah para pemain Manchester United wajar dipersalahkan berikutan pemecatan Jose Mourinho, ini adalah jawapan daripada Matic:

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 02: Jose Mourinho, Manager of Manchester United gives his team instructions as Jose Luis Gaya of Valencia runs with the ball under pressure from Nemanja Matic of Manchester United during the Group H match of the UEFA Champions League between Manchester United and Valencia at Old Trafford on October 2, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

”Sudah tentu. Saya juga mengatakan perkara yang sama selepas perlawanan menentang Liverpool, dimana kami perlu mengambil tanggungjawab dan melakukan yang terbaik untuk beraksi dengan lebih baik serta untuk memenangi perlawanan.”

”Saya tidak tahu (apa yang telah berubah di Cardiff). Ini adalah soalan yang tiada siapa mempunyai jawapannya tetapi saya pasti ini adalah cara untuk meneruskannya, untuk berjuang dan kami cuba untuk melakukannya.”

”Ini adalah bola sepak, dalam bola sepak ini yang berlaku. Kami juga tahu bahawa ia bukan hanya kesalahan pengurus sekiranya keputusan tidak baik dicatatkan.”

”Tetapi ini adalah bola sepak dan kami perlu teruskannya, untuk berjuang buat pasukan,” jelas Matic lagi.

The Red Devils kini menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris dan ketinggalan 19 mata dibelakang pendahulu, Liverpool.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN