Rasmi: Nemanja Matic Menyertai Manchester United

Nemanja Matic sah menjadi pemain Manchester United dengan nilai perpindahan £40 juta. Namun harga tersebut dijangka mampu mencecah £45 juta berdasarkan bayaran bonus.

Matic akan menggunakan jersi no.31 yang ditinggalkan Bastian Scwheinsteiger.

Pemain ini pernah dibeli semula oleh Chelsea dari Benfica pada 2014. Ketika itu Mourinho bengang dengan pengurus sebelum itu yang melepaskan Matic ke Benfica.

Dengan kehadiran Matic, ia menyelesaikan posisi no.6. Ini akan membolehkan Paul Pogba bermain lebih bebas ke bahagian serangan.

Manchester United sudah melakukan bidaan pada awal jendela perpindahan. Mourinho memang mahukan pemain ini selepas Matic dibuka untuk bidaan oleh Chelsea.

Antonio Conte sudah ada no.6 baru iaitu Bakayoko yang akan digandingkan dengan N’golo Kante.

Matic menjadi pemain penting ketika membantu Chelsea menjuarai EPL ketika kepulangan kedua Mourinho. Musim lalu, gandingan beliau dengan Kante juga antara instrumen penting kejayaan The Blues meskipun dalam beberapa perlawanan beliau digantikan dengan Fabregas.

Nemanja Matic mungkin akan menjadi pemain terakhir dibeli oleh Mourinho pada kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN