Dilema Barkley, Mahu Ke Spurs Tetapi Pochettino Minta Dia Menerima Gaji Rendah!

Beberapa bulan lalu, Ross Barkley mengejutkan peminat Everton dengan memberitahu beliau tidak akan menandatangani kontrak baru di Goodison Park.

Kenyataan itu dibuat selepas Lukaku membuat kenyataan yang sama. Koeman sebelum itu yakin Barkley akan kekal. Tetapi segalanya tidak menjadi. Kerana pemain itu menyatakan beliau tidak akan menandatangani kontrak baru.

Lalu Koeman menyenaraikan Barkley untuk dijual. Aksi tidak konsisten Barkley dan masalah kecederaan yang melanda membuatkan pemain ini gagal menarik minat banyak kelab besar seperti sebelum ini.

Selepas kemasukan pemilik baru, Farhad Moshiri, Koeman diberikan wang yang banyak untuk dibelanjakan dan membentuk pasukan dengan pemain berkualiti.

Koeman seakan-akan tidak ada hati untuk memujuk pemain tersebut kekal di Everton untuk besama-sama dengan revolusi mereka.

Sehingga ke hari ini, pemain itu masih gagal mendapatkan kelab baru. Beliau dilaporkan mahu menyertai Spurs sebelum jendela perpindahan ditutup.

Musim lalu, Spurs berminat mendapatkan pemain ini, namun mereka terpaksa melupakannya kerana Barkley meminta gaji yang sangat tinggi.

Spurs terpaksa berjimat dalam perbelanjaan untuk membina stadium baru. Pada masa yang sama, mereka sudah menyediakan kontrak baru untuk Kane, Walker, Lloris dan Eriksen.

Spurs sudah menetapkan gaji siling untuk pemain mereka untuk beberapa musim ini. Ini untuk menyokong projek stadium baru mereka. Spurs meletakkan £100,000 seminggu sebagai gaji siling buat masa ini.

Kelab Everton meletakkan harga £40 juta untuk Barkley. Spurs mungkin tidak akan berbelanja sebanyak itu. Jika ya sekalipun, Spurs sudah memberitahu awal-awal yang gaji pemain seperti Eriksen, Kane dan Lloris adalah £100,000.

Barkley harus menerima gaji yang lebih rendah daripada yang beliau jangkakan.

Jadi, ke manakah Barkley selepas ini? Pemain yang dikaitkan dengan banyak kelab termasuk Manchester United, Liverpool, dan beberapa kelab di luar England sebelum ini.

Adakah Barkley boleh memperbaiki hubungannya dengan Koeman sekali lagi?

Nungkin Barkley akan menerima gaji mewah di Everton jika beliau memilih untuk kekal sebelum ini. Ini dilakukan dengan rombakan baru pada klausa kontrak. Apa pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN