Nelo Vingada Kaji Kekuatan Pasukan Korea Utara

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada dan barisan kejurulatihan nampaknya sudah melakukan risikan awal sebagai persiapan untuk mengharungi saingan kelayakan Piala Asia 2019 menentang negara republik itu di Buriram, Thailand esok.

Mereka sudahpun mengkaji beberapa keputusan terkini selain melihat sendiri aksi skuad lawan ketika bersaing dalam kejohanan Piala Raja (King’s Cup) di Thailand baru-baru ini. Nelo menyifatkan kekuatan pasukan yang berada di ranking ke-134 dunia itu se­perti sudah boleh diduga.

“Saya telah menonton sendiri aksi mereka ketika tewas 0-3 kepada Thailand pada kejohanan Piala Raja sebelum ini. Pada waktu itu, saya lihat mereka memiliki beberapa pemain berkualiti yang beraksi dalam saingan liga utama di Korea Selatan dan Jepun.

“Mungkin keputusan tersebut dilihat seperti berat sebelah tetapi mereka sebenarnya menunjukkan kualiti permainan yang lebih baik berbanding Thailand. Namun, selepas tewas 0-5 kepada Lebanon dalam aksi kelayakan terakhir, mungkin prestasi mereka sedikit merudum.

“Bagaimanapun, ia bukan satu jaminan buat kami kerana Korea Utara merupakan salah satu pasukan besar di rantau Asia yang pernah beraksi di pentas Piala Dunia. Justeru, mereka wajar dihormati walaupun berada di ranking yang tidak terlalu tinggi,” katanya kepada Kosmo!

Foto: Mohd Azren Jamaludin

Harimau Malaya dijadualkan menentang Korea Utara sebanyak dua kali yang akan berlangsung pada hari esok dan isnin ini  lepas ditunda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) disebabkan atas faktor keselamatan.

Pengendali dari Portugal itu mengakui anak-anak buahnya kini dalam motivasi terbaik dan tidak mustahil dapat mengutip mata berharga dalam aksi yang dijadualkan berlangsung di Stadium I-Mobile, Buriram malam esok.

“Saya harap kali ini tuah memihak kepada kami selepas mengharungi rentetan perlawanan tanpa sebarang kemena­ngan pada peringkat antarabangsa. Saya percaya motivasi pemain semakin positif dan saya hanya mampu memberi inspirasi buat mereka agar melakukan yang terbaik,” katanya.

Skuad negara perlu meraih sekurang-kurangnya satu kemenangan untuk mencerahkan peluang melayakkan diri ke pentas akhir Piala Asia 2019 selepas hanya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan sebelum ini.

Kumpulan B saingan kelayakan ketika ini menyaksikan Lebanon di tangga teratas dengan 10 mata, Hong Kong di tangga kedua dengan 5 mata, Korea Utara ketiga dengan 2 mata dan Malaysia keempat dengan 1 mata. Lebanon dan Hong Kong sudah beraksi empat perlawanan manakala Korea Utara dan Malaysia kurang satu perlawanan.

Setakat ini skuad Harimau Malaya masih belum mencatat sebarang kemenangan sejak Nelo Vingada dilantik sebagai jurulatih. Jika tewas kepada Korea Utara, peluang skuad negara untuk ke Piala Asia 2019 sudah tertutup.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN