Kedah Tunggu Surat Permohonan Daripada Gomez

Bekas jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mario Gomez dikatakan berminat mahu membimbing pasukan Helang Merah bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan. Turut menyatakan hasrat untuk membimbing Kedah ialah bekas jurulatihnya, Ramon Marcote.

Namun bagi pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low menyifatkan Mario Gomez lebih sesuai untuk membimbing skuad Helang Merah jika dibandingkan dengan Ramon Marcote.

Jeffrey memberitahu pengalaman Gomez ketika membimbing bekas pasukan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi faktor utama berbanding Marcote yang tidak pernah memiliki pengalaman mengemudi pasukan sebagai ketua jurulatih.

Menurut laporan akhbar tempatan, Kosmojurulatih Kedah ketika ini, Mohd Nidzam Adzha memberi bayangan akan melepaskan jawatanya selepas gagal membantu Kedah mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu lepas.

Mohd. Nidzam meminta pengurusan KFA segera mencari ketua jurulatih baharu supaya perancangan pasukan untuk mengharungi kempen Liga Malaysia musim depan dapat dilakukan dengan lebih tersusun.

Situasi itu telah menarik minat Gomez dan Marcote yang berhasrat dapat mengisi jawatan itu jika Mohd Nidzam benar-benar serius akan meninggalkan pasukan Kedah untuk memberi peluang kepada muka baharu.

Kredit: Facebook, Kedah FA -Persatuan Bola Sepak Kedah-

Bagaimanapun Jeffrey berkata, pihaknya sedia berunding dengan mana-mana calon berminat dengan juara lima kali Piala Malaysia tersebut tetapi pada masa sama memaklumkan belum ada sebarang permohonan rasmi daripada kedua-dua jurulatih asing terbabit.

“Jika mereka (Gomez dan Marcote) berminat, perlu hantar surat (permohonan). Kita mungkin boleh berbincang apa yang beliau mahu selaras dengan kedudukan kewangan KFA.

“Sesetengah jurulatih menghantar permohonan dan kami akan teliti setiap permohonan itu. Jika Gomez berminat, tiada masalah tapi kena hantar permohonan.

“Jika ditanya pendapat saya, Gomez lebih sesuai kerana beliau memiliki pengalaman sebagai ketua jurulatih berbanding Marcote yang sebelum ini menjadi pembantu sahaja dan tidak pernah menjadi ketua jurulatih. Namun, buat masa ini Nidzam kekal sebagai jurulatih Kedah.

“Seperti saya katakan tadi, hantar surat permohonan. Kemudian, kita berbincang mengikut apa yang kelab ini mahukan sesuai dengan perancangan pada musim depan,” katanya kepada Kosmo!.

Kredit foto: SafwanRozi / www.asiana.my

Gomez yang pernah melatih pasukan JDT menjuarai Liga Super dan Piala AFC pada tahun 2015 sedang menanti tawaran daripada mana-mana pasukan Liga Super dan tidak menolak akan melatih Kedah andai diberikan peluang oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Beliau yang sebelum ini turut menjadi buruan Selangor PKNS tanpa berselindung mengakui berhajat menjadi pengendali skuad Helang Merah jika diberikan peluang kerana jurulatih kelahiran Argentina itu terdesak membuat penampilan semula pada Liga Malaysia (Liga M).

“Sudah pasti saya berminat. Saya pernah menyaksikan mereka bermain pada Januari lalu dan saya juga tahu JDT baru menang Piala Malaysia.

“Kedah merupakan pasukan yang kuat dan memiliki pemain-pemain yang bagus. Saya masih ingat pemain mereka yang bernombor 8 (Liridon Kasniqi) adalah seorang pemain yang cukup hebat,” katanya

Hasrat tersebut juga turut diluahkan oleh Marcote yang mahu membuat penampilan semula di negara ini selepas jurulatih kelahiran Sepanyol itu pernah membimbing pasukan Kedah layak ke pentas final Piala Malaysia 2015.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN