Neil Lennon menyatakan Celtic tidak akan terburu-buru dalam penjualan Kieran Tierney. Pemain yang menjadi sasaran The Gunners – meskipun Arsenal sudah melakukan bidaan kedua bernilai £25 juta – valuasi yang diletakkan Celtic sebelum ini.
Sebelum ini Arsenal melakukan bidaan £15 juta. Ianya ditolak oleh Celtic kerana terlalu rendah dan berpendapat Arsenal perlu membayar sekurang-kurangnya £25 juta untuk pemain itu.
Neil Lennon menegaskan, Celtic menjadikan harga Aaron Wan-Bissaka sebagai penanda aras kepada tanda harga Tierney.
Manchester United membayar £50 juta untuk pemain tersebut. Dan Lennon menegaskan bahawa Tierney lebih baik daripada Wan-Bissaka kerana pemain itu lebih berpengalaman dan versatile.
Oleh itu Lennon berpendapat Arsenal perlu membayar sekitar harga tersebut untuk Tierney.
Bidaan kedua Arsenal £25 juta dilaporkan ditolak oleh Celtic dan kelab itu kekal tenang dalam mengendalikan perpindahan ini walaupun mengakui Arsenal telah memberikan sedikit tekanan kepada kem mereka.
Lennon berkata: “Kita tidak dapat melakukan apa-apa tentang apa yang berlaku melibatkan kelab-kelab di England.”
“£50 juta untuk Wan-Bissaka adalah jumlah yang sangat besar dan kita merasakan Kieran adalah bek sisi yang jauh lebih berpengalaman dan versatile dalam karier beliau.”
“Beliau adalah aset kami dan kami ada nilai tersendiri untuk pemain kami. Kieran adalah pemain yang kami letakkan harga yang tinggi.”
“Jadi, kamu tidak boleh katakan kami berlagak, ianya ayat kurang sesuai. Apa yang pasti kami tak akan terdesak mengadakan sebarang perbincangan kerana kami masih berada dalam kedudukan yang kuat berdasarkan aset-aset yang kami ada.”
“Kelab ada penilaian tersendiri ke atas Kieran dan jika nilai itu tidak dipenuhi, maka kami tidak akan melakukan rundingan. Saya tidak tahu berapa dana yang Arsenal ada [dalam perpindahan kali ini]. Yang saya tahu adalah kami masih selesa dengan situasi ini buat masa ini.”
“Ada bidaan kedua [dilakukan Arsenal] dan kami telah tolak seperti yang kamu sedia maklum.”
“Kieran pemain dan bakat yang hebat. Beliau baru berusia 22 tahun dan mampu memberikan banyak sumbangan dalam perlawanan.”
“Saya tak terkejut dengan adanya kelab yang berminat dengan beliau. Ia juga salah satu kredit kepada semua kerja keras beliau bertahun-tahun. Beliau ada kontrak jangka panjang di sini, dan kami tak mahu beliau pergi.”