Negeri Sembilan Tamatkan Kontrak Madhu Mohana Kerana Kecederaan

Pendatang baharu Liga Super 2018, Negeri Sembilan membuat kejutan apabila membuat keputusan untuk tidak mendaftarkan pemain dari Singapura, Madhu Mohana untuk slot pemain import Asean.

Menurut kenyataan rasmi daripada media pasukan Negeri Sembilan, keputusan itu diambil setelah meneliti pengesahan daripada pakar perubatan yang berpendapat pemain itu memerlukan tempoh masa yang lama untuk pulih daripada kecederaan yang di alaminya.

Sebagai ganti, mereka menandatangani pemain skuad kebangsaan Kemboja, Prak Mony Udom bagi mengisi slot pemain import Asean.

“Pihak pengurusan berasa sangat sedih dengan tindakan ini kerana beliau merupakan seorang pemain yang cukup berkaliber malah sepanjang bersama Negeri Sembilan, beliau sentiasa menunjukkan komitmen serta mempunyai karakter dan disiplin yang baik,” kata kenyataan itu.

“Memandangkan jendela pendaftaran pemain yang ditetapkan oleh FMLLP masih lagi dibuka, tindakan wajar perlu diambil bagi melancarkan pihak pengurusan mendapatkan pemain gantian.

“Sehubungan itu, barisan kejurulatihan telah meneliti secara mendalam keperluan pasukan mengisi kekosongan kuota pemain import Asean dan sepakat menamakan Prak Mony Udom, pemain kebangsaan Kemboja sebagai import baharu bagi pasukan Negeri Sembilan,” jelas kenyataan tersebut.

Prak Mony Udom merupakan pemain yang keempat dari Kemboja yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia selepas Chan Vathanaka (Pahang), Kheo Sok Peng (PKNP FC) dan Theirry Chanta Bin (Terengganu).

Negeri Sembilan bakal kembali membuat penampilan dalam kancah liga utama tanah air itu selepas mendapat pengkhabaran gembira dari pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

Negeri Sembilan yang menamatkan Liga Premier 2017 di tempat ke-4 telah diumumkan oleh FMLLP bersama-sama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC untuk menggantikan T-Team dan Felda United bagi beraksi dalam Liga Super 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN