Subahan Kamal Kecewa Selangor Tidak Dapat Guna Stadium Shah Alam

Kegagalan pasukan Selangor mendapatkan gelanggang rasmi untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini mengundang kritikan hebat daripada para penyokong bola sepak tanah air.

Mereka yang sepatutnya menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi, tetapi venue tersebut sudah ditempah untuk pelbagai acara besar sepanjang tahun ini.

Bercakap kepada Berita Harian, Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan negeri terhadap pasukannya.

“Selangor kini dilayan seperti pengemis di negeri sendiri. Saya berpendapat tidak adil untuk kerajaan negeri menyatakan Stadium Shah Alam adalah milik mereka sedangkan ia milik rakyat Selangor,” katanya.

“Kami mahu ‘balik kampung’ pada tahun ini selepas beraksi di Selayang musim lalu, namun hasrat tidak kesampaian kerana kerajaan negeri tidak membalas sebarang surat permohonan yang dikemukakan.

“Mereka juga tidak mahu bertemu kami untuk mengadakan perbincangan. Bukannya kami mahu beraksi secara percuma di Stadium Shah Alam kerana kami turut diminta bayar untuk menggunakan stadium itu sebelum ini.”

Stadium Shah Alam dibuka pada 1994 merupakan gelanggang rasmi Selangor sejak dahulu.

Subahan juga menjelaskan mereka mampu berdikari mencari dana sendiri tanpa mengharapkan dana daripada kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, pasukan masih memberikan persembahan yang terbaik. Kami sudah berjaya mendapatkan penaja untuk mengharungi musim ini.

“Kami juga tidak boleh memilih beraksi di mana-mana tak kira di Selayang atau Cheras. Sudah tentu Stadium Cheras pilihan terbaik kerana kami boleh beraksi pada sebelah malam sekali gus membantu kutipan tiket.

“Jika kami beraksi di Selayang, kami terpaksa bermain pada sebelah petang kerana lampu limpahnya tidak menepati piawaian,” katanya

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Usahasa Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam mengesahkan bahawa Selangor akan menggunakan Stadium Selayang sebagai ‘venue’ tuan rumah.

Bagaimanapun skuad bimbingan P. Maniam itu terpaksa beraksi di sebelah petang, disebabkan lampu limpah stadium yang tidak menepati piawaian badan penganjur bola sepak negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN