Negeri Sembilan Sedia Buat Rombakan Semula Musim Depan?

Negeri Sembilan dilaporkan menjadi antara pasukan yang bakal membuat rombakan semula untuk tampil lebih baik berbanding tahun lalu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Musim lalu menyaksikan Negeri Sembilan menjadi antara pasukan yang sangat tidak konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi selepas mereka muncul dengan kejutan pada dua tahun sebelum itu.

Selain konsistensi permainan di atas padang kurang menyakinkan, skuad Hoben Jang Hoben juga tampil serba kekurangan daripada segi jumlah pemain import didaftarkan.

Malah, kelab tersebut juga turut terpalit dengan isu gaji pada pertengahan musim lalu sehingga ia mengganggu tumpuan para pemain untuk tampil lebih baik dalam setiap perlawanan dihadapi.

Menyedari isu tersebut, pasukan itu bakal membuat rombakan semula dengan membabitkan kejurulatihan serta barisan pemain import untuk tampil memberi persaingan semula.

Antara perkara tumpuan untuk diperkatakan ialah kedudukan K. Devan selaku pengendali Negeri Sembilan sebelum itu juga dijangka bakal bertukar untuk saingan musim hadapan.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro, dua jurulatih tempatan kini dikaitkan bakal menggantikan tugas K. Devan untuk saingan hadapan bagi memperkukuhkan semula Negeri Sembilan.

Dua jurulatih tersebut ialah bekas pengendali PDRM iaitu Azzmi Aziz serta Wan Rohaimi Wan Ismail diletakkan sebagai calon terbaharu untuk mengendalikan pasukan tersebut.

Selain itu, nama Mohamad Ishak Kunju Mohamad juga turut dikaitkan selaku jurulatih baharu untuk Negeri Sembilan dengan beliau berkemungkinan akan kekal mengemudi skuad bawah 23 (B-23) kelab tersebut.

Jelas satu sumber kepada Harian Metro, pengumuman jurulatih baharu dilaporkan bakal dibuat secara rasmi sebelum bulan Januari ini berakhir.

“Insya-Allah, dalam tempoh terdekat ini akan ada pengumuman daripada pihak pengurusan tertinggi NSFC terutama berkaitan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif NSFC yang baharu manakala ketua jurulatih dan pegawai pasukan Negeri Sembilan, mungkin sebelum hujung bulan ini, kita dapat tahu.

“NSFC dijangkakan akan membuat beberapa perubahan termasuk dari segi pemain dan difahamkan mungkin akan menggunakan skuad yang lebih muda di bawah kepimpinan baharu itu nanti,” jelas sumber tersebut.

Selain jurulatih, Negeri Sembilan juga dilaporkan mengintai peluang kini untuk mendapatkan khidmat dua pemain kebangsaan Indonesia secara pinjaman daripada Barito Putera iaitu Bagus Kahfi serta Bagas Kaffa.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN