Kenali 5 ‘Wonderkid’ Dijangka Menonjol Untuk Saingan Piala Asia 2023

Kehadiran bakat-bakat muda berkualiti atau lebih dikenali sebagai ‘wonderkid’ antara yang sangat dinantikan para penyokong bola sepak sebenarnya untuk saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

Tidak tertakluk kepada pemain bintang, bakat-bakat muda setiap negara yang menyertai saingan tersebut juga antara dijangka mampu mencuri tumpuan untuk membuatkan mereka lebih dikenali ramai selepas ini.

Apa tidaknya, pada usia masih muda para pemain ini sudah dipilih untuk menggalas tanggungjawab bersama para tonggak lebih senior bagi mengharungi kejohanan berprestij seperti Piala Asia.

Tentunya mereka dianggap memiliki kelebihan tersendiri sebelum itu yang berjaya menarik minat kejurulatihan negara masing-masing untuk mendaftarkan diri bersama ke kejohanan tersebut.

Berikut merupakan lima pemain ‘wonderkid’ yang dianggap sangat mencuri tumpuan dan mampu untuk memberikan impak besar bersama pasukan masing-masing menerusi sumbangan diberikan mereka hasil perkongsian CNN Indonesia.

Arif Aiman Hanapi (Malaysia)

Pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) ini sudah pun mendominasi saingan peringkat domestik sejak beberapa musim lalu menerusi persembahan berkualiti diberikan beliau bersama kelab tersebut.

Untuk skuad kebangsaan, Arif tidak mengambil masa panjang untuk menjadikan beliau sebagai antara pemain kesukaan ramai serta mencuri perhatian media dalam dan luar negara.

Hadir dengan status sebagai antara pemain termuda negara di kejohanan ini, nama Arif sudah beberapa kali diberi tumpuan oleh pihak AFC sebagai antara bintang muda akan menyerlah sepanjang kejohanan berlangsung.

Marselino Ferdinan (Indonesia)

Tatkala Indonesia kini sedang rancak mengikat pemain warisan untuk memperkukuhkan pasukan mereka, tampil Marselino Ferdinan sebagai antara bintang muda paling menyerah ketika ini.

Pada usia 19 tahun, Ferdinan sudah pun beberapa kali menggalas tanggungjawab untuk membarisi kesebelasan utama Sang Garuda di pentas antarabangsa di posisi tengah.

Beliau juga menjadi antara bintang tempatan Indonesia yang kini sedang beraksi di luar negara dan tampil berpengaruh di posisi tengah pasukan tersebut walaupun masih sangat muda.

Abbosbek Fayzullaev (Uzbekistan)

Abbosbek boleh dianggap sebagai salah satu prospek terbaik buat Uzbekistan kini menerusi usia beliau yang masih muda serta kualiti dimiliki beliau di atas padang.

Pemain tengah yang lebih dominan di posisi sayap ini menjadi antara pemain paling menyerlah pada saingan Piala Asia 2023 bawah 20 (B-20) sebelun itu sehingga menyaksikan negara tersebut menjuarainya.

Beraksi bersama CSKA Moscow ketika ini, kelibat Abbosbek dijangka akan terus menjadi tumpuan ramai pemerhati bola sepak untuk melihat jika beliau mampu memacu pasukan senior Uzbekistan.

Abbas Al Hassan (Arab Saudi)

Pemain tengah berusia 19 tahun ini menjadi salah satu pertaruhan penting buat Roberto Mancini bersama Arab Saudi di kejohanan Piala Asia 2023.

Dalam kalangan penyokong negara tersebut, mereka menganggap Abbas sebagai pemain yang bakal memainkan peranan utama buat bola sepak Arab Saudi pada masa hadapan.

Beroperasi di posisi tengah, kelebihan Abbas sangat ditagih daripada segi ketenangan serta kemampuan beliau membuat hantaran-hantaran tepat kepada rakan sepasukan.

Harib Abdalla (UAE)

Pemain ini sudah pun beraksi sebanyak 21 perlawanan sebelum itu secara keseluruhan bersama UAE di pentas antarabangsa sejak cemerlang bersama skuad bawah 23 (B-23).

Beroperasi di posisi sayap, Harib juga memiliki kelebihan tersendiri untuk memainkan peranan sebagai pemain tengah menyerang buat pasukannya Shabab Al-Ahli atau pasukan kebangsaan.

Musim ini menyaksikan nama Harib sangat memukau di pentas domestik bersama Shabab setelah beliau sudah menyumbang tiga jaringan serta menampilkan aksi cukup berkualiti.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN