Slot ke Liga Super 2021. Itulah sasaran Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) untuk musim hadapan.
Ia juga bermakna skuad Rusa mahu mengejar dua kedudukan teratas di saingan Liga Premier 2020.
Jurulatih skuad #LigaPremier2020 Negeri Sembilan; Coach Sazali Saidon.
Coach Sazali Saidon sebelum ini memimpin skuad #PialaPresiden2019 Negeri Sembilan sebelum membantu Coach Haji Zaki dipenghujung musim 2019 yang lepas. pic.twitter.com/d7wKnbNCgV
— Negeri Sembilan FA (@PBNS1923) December 16, 2019
Sehingga kini, Negeri Sembilan dianggap telah melakukan rombakan terhadap skuad Liga Premier mereka termasuk dengan pengambilan jurulatih baharu bagi menghadapi saingan musim hadapan.
“Saya percaya dengan percaturan pasukan Negeri Sembilan untuk musim 2020, ditambah dengan segala pengalaman yang kita ada untuk memastikan prestasi skuad ini terus cemerlang,” kata Satwant dalam kenyataan yang disiarkan oleh Malaysian Football League (MFL) semalam.
Selain daripada melantik pengendali skuad Piala Presiden musim lalu, Sazali Saidon, Negeri Sembilan turut membawa masuk tujuh pemain baharu.
Antaranya ialah pemain berpengalaman seperti Norhafiz Zamani Misbah dan Muhd Shahrom Kalam.
Shahurain Abu Samah dan Norhafiz Zamani Misbah kembali beraksi dalam satu pasukan tahun hadapan.
Apakah moment-moment Kecik & Angah yang paling Jang ingat? Reply dibawah! 👇🏼👇🏼👇🏼 pic.twitter.com/aeOQ4iMH3T
— Negeri Sembilan FA (@PBNS1923) December 16, 2019
Lima pemain lain pula ialah bekas penyerang Selangor United, Nazrul Kamaruzzaman, bekas pemain pertahanan Pulau Pinang, Che Safwan Hazman, bekas pemain UKM FC, Mohd Arip Amiruddin, bekas pemain pertahanan UiTM FC, Ahmad Azriddin Rosli, dan bekas pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Nur Shamie Iszuan Amin.
Kali terakhir Negeri Sembilan beraksi di Liga Super ialah pada musim 2018.
Pada musim lalu, Negeri Sembilan menduduki tangga ke-6 Liga Premier, menghasilkan 29 mata daripada 20 perlawanan yang dilalui.
FOTO: PBNS