Negeri Sembilan Mungkin Akan Tukar Pemain Import Pada Jendela Perpindahan Kedua

Prestasi pemain import skuad Negeri Sembilan akan dikaji semula jika mereka gagal mempamerkan prestasi yang memuaskan sepanjang perlawanan Liga Super.

Pengendali baharu skuad itu, Mohd Azraai Khor sudah mengenalpasti beberapa kelemahan yang ada dan kemungkinan akan membuat keputusan untuk menggunakan khidmat pemain import baharu pada jendela perpindahan kedua nanti.

Beliau berkata kepada Berita Harian, setakat ini mereka memberikan peluang kepada semua pemain import pasukan itu untuk memikat barisan jurulatih sebelum membuat sebarang keputusan.

“Setakat ini saya akan terus bagi mereka peluang menunjukkan persembahan terbaik, namun amat penting mereka perlu ada kesungguhan untuk membantu pasukan mencapai kemenangan.

“Kita akan nilai sebelum membuat sebarang keputusan menjelang pendaftaran kedua pemain import mulai 14 Mei sehingga 10 Jun depan.

“Apapun, saya akan berbincang dengan pengurus, Datuk Mohamad Haslah (Mohamad Amin) supaya satu keputusan terbaik dapat dilakukan dalam usaha memantapkan lagi kekuatan pasukan.

“Walaupun saingan liga masih panjang, namun ketika ini kita tidak boleh leka dan perlu pastikan pasukan dapat mengutip mata dalam setiap perlawanan,” katanya.

Azraai Khor mengendalikan sesi latihan skuad Negeri Sembilan. FOTO: Team N9FC

Negeri Sembilan kini diperkuatkan oleh lima pemain import iaitu Kim Do Heon dari Korea Selatan, Flavio Beck Junior (Brazil), Nicolas Velez (Argentina), Prak Mony Udom (Kemboja) dan Renars Rode (Latvia).

Skuad Hobin Jang Hobin itu berangkat ke Kuantan hari ini untuk pertemuan Liga Super menentang pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur pada malam esok.

Azraai menyifatkan pertemuan menentang Pahang agak sukar dan berharap agar pemainnya kekal fokus serta mempamerkan semangat juang yang tinggi.

“Saya berharap pemain dapat kekal fokus dan tunjukkan persembahan terbaik sepanjang permainan agar keputusan baik dapat dibawa pulang,” katanya.

Menurut laman facebook rasmi media TeamN9FC, skuad itu hadir di Kuantan dengan pasukan tempang kerana dilanda krisis kecederaan.

“Selepas kehilangan penyerang Nico Velez dan N.Thanabalan sebelum ini, kini senarai kecederaan skuad Jang bertambah apabila Renars Rode, Flavio Beck Jr., Fauzan Dzulkifli dan juga Aizulridzuwan dilihat sekadar menjalani latihan ringan sepanjang minggu ini akibat kecederaan yang dialami masing-masing.

“Yang terbaharu Aroon Kumar pula dijangkiti demam,” kata kenyataan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN