FMLLP Jelaskan Hukuman Denda Yang Dikenakan Bukan Dibuat Sesuka Hati

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Part­nership (FMLLP), Kevin Ramalingam menjelaskan hukuman dan denda ke atas pasukan yang gagal melengkapkan dokumen pendaftaran Liga Malaysia dibuat dengan merujuk kepada klausa 43 iaitu pematuhan peraturan yang terkandung bahawa apa-apa tindakan yang ditentukan oleh FMLLP dan dibenarkan oleh kongres atau ahli lembaga pengarah FMLLP.

“Semua pasukan mengetahui peraturan tersebut, sudah ada peraturan yang memboleh­kan Lembaga Pengarah FMLLP mengambil tindakan sedemikian dan ini mengikut peraturan, bukan sesuka hati mengenakan de­n­da dan hukuman.

“Memang benar tidak tertulis jumlah denda dikenakan seba­nyak RM1.5 juta tetapi dalam klausa itu tertulis Lembaga Pengarah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan.

“Saya juga suka mengingatkan bahawa jumlah imbuhan yang kita berikan kepada pasukan-pasukan adalah lebih besar daripada tahun-tahun sebelum ini. Misalnya pasukan Liga Super mendapat insentif sebanyak RM3 juta, bukan RM1 juta (seperti sebelumnya) dan pasukan Liga Perdana mendapat RM1 juta berbanding RM500,000 tahun lalu.

“Apa yang Lembaga Pengarah FMLLP putuskan adalah seiring dengan imbuhan besar diberikan supaya mereka faham dan tidak mengambil ringan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kevin merujuk kepada rungutan sepuluh pasukan yang dikenakan denda keseluruhan berjumlah RM9 juta kerana gagal melengkapkan atau lewat menghantar dokumen pendaftaran untuk menyertai Liga-M musim ini.

Kevin turut mendedahkan hanya 3 pasukan yang telah membuat rayuan untuk mengurangkan hukuman itu.

“Buat masa ini hanya tiga pasukan yang telah menghantar surat rayuan iaitu Selangor, Mifa dan UKM,” ujarnya.

Semalam laman facebook rasmi FMLLP menjelaskan hukuman yang dikenakan setimpal dengan arus masa depan dan agihan terkini.

“Hukuman itu dikatakan terlalu tinggi pada ketika ini. Namun, ada sesetengah pihak tidak menyedari bahawa agihan dari liga yang diberikan pada ketika ini sebanyak RM 3,000,000 untuk setiap pasukan Liga Super.

“Walaupun didenda sebanyak RM 1,500,000, namun pasukan masih menerima 50% lebih dari jumlah agihan pada tahun 2017 di mana pasukan menerima agihan sebanyak RM 1,000,000.

“Ini juga sudah dianggap besar pada waktu itu. Jadi RM 1,500,000 yang tetap diterima oleh pasukan yang telah didenda masih merupakan jumlah yang dianggap besar,” kata kenyataan itu.

Hukuman pemotongan mata oleh FMLLP.

Hukuman pemotongan mata ditangguhkan kerana mahu pasukan tersebut berubah menjadi lebih efisien, berdisiplin, dan prihatin pada masa akan datang.

“FMLLP menjadikan pelaksanaan hukuman pemotongan mata itu terletak dalam tangan pengurusan mereka sendiri dan tidak terus menghukum.

“Perlu diingat bahawa keputusan ini diputuskan oleh Lembaga Pengarah FMLLP yang juga terdiri daripada wakil dari pasukan-pasukan yang dipilih oleh pasukan-pasukan untuk mewakili mereka.

“Jika tidak mahu dihukum, pasukan ini harus menerima bahawa anjakan paradigma dalam Liga Malaysia sudah mula berlaku dan mereka harus mengambil serius semua aspek pengurusan. Jangan mengharap dana yang lebih besar tetapi tetap mahu menguruskan diri dengan cara yang sama,” jelas kenyataan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN