Negeri Sembilan Lepaskan Safuwan Baharudin, Bakal Kembali Ke Selangor?

Safuwan Baharudin
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Kelab Liga Super, Negeri Sembilan telah sah melepaskan pemain pertahanan mereka iaitu Safuwan Baharudin.

Keputusan mengejut ini nyata memberikan reaksi pelbagai pihak kerana Safuwan merupakan antara pemain yang menjadi taruhan K. Devan setiap kali Negeri Sembilan turun beraksi.

“Negeri Sembilan FC ingin mengucapkan terima kasih kepada Safuwan Baharudin.

“Selamat maju jaya bersama pasukan baharu yang bakal disertai,” kata Negeri Sembilan dalam kenyataan mereka.

Ke mana Safuwan akan pergi?

Dikatakan pemain pertahanan dari Singapura ini sebenarnya memperoleh dua tawaran daripada kelab Thailand dan ini membuatkan Safuwan ingin berhijrah.

Menurut wartawan The Star, T. Avineshwaran, beliau melaporkan yang dua kelab daripada Thailand dan satu pasukan Liga Super sedang mengintai khidmat Safuwan.

Namun begitu, tiada nama yang didedahkan mengenai kelab Thailand yang sedang memburu kudrat Safuwan itu.

Akan tetapi, satu nama yang disebut mengenai pasukan Liga Super tersebut adalah Selangor.

Selangor yang kini terdesak mencari pemain baharu di bahagian pertahanan dilihat begitu berminat untuk mendapatkan semula Safuwan untuk menguatkan lagi kubu mereka.

Tindakan ini jelas kerana selain Safuwan, Selangor turut dikaitkan dengan perpindahan pemain pertahanan Terengganu iaitu Azam Azmi namun ianya dinafikan wakil bintang Harimau Malaya itu semalam.

Jika itu adalah benar, maka sebenarnya Selangor dilihat memang benar terdesak namun untuk mendapatkan semula Safuwan bukanlah satu keputusan yang baik.

Ada lebih ramai pemain lain yang lebih berkaliber untuk diperoleh namun menyedari kesukaran mendapatkan bintang yang sesuai ketika jendela perpindahan kedua mungkin menjadi faktor kenapa Selangor dilihat ingin mendapatkan semula Safuwan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN