Negeri Sembilan Jadi Kelab Belasahan Baharu Musim Ini?

Negeri Sembilan pada awal musim ini boleh digambarkan selaku antara pasukan paling malang daripada segi keputusan serta statistik semasa selepas mereka mengharungi empat perlawanan di pentas domestik.

Tiada kemenangan, tiada seri, dan hanya kekalahan sahaja kini sedang menghiasi pasukan tersebut walau ada beberapa rombakan besar telah dibuat.

Terbaharu, Negeri Sembilan tampil dengan kekalahan kepada Kuala Lumpur City (KL City) pula menerusi keputusan 0-3 walaupun berkelebihan beraksi di halaman sendiri.

Daripada empat perlawanan sudah dihadapi, skuad Hoben Jang Hoben telah pun dibolosi sebanyak 14 gol dan hanya mampu meraih satu jaringan sahaja.

Melihat kepada angka bolos itu, ianya mengingatkan kepada nasib malang telah dihadapi Kelantan FC musim lalu yang mencatat statistik sangat menyedihkan.

Persoalannya kini, adakah skuad kendalian Azzmi Aziz sebenarnya sudah bersedia untuk mengharungi aksi domestik atau masih memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri?

Jika hendak menyatakan isu dalaman, sehingga kini Negeri Sembilan masih belum menghadapi sebarang masalah berbanding beberapa kelab lain termasuk lawan mereka semalam, KL City.

Berbalik kepada aksi semalam, boleh dirumuskan Negeri Sembilan tidak memiliki ramai pemain berkualiti untuk memberi persaingan terbaik buat kebanyakan kelab lain.

Baik daripda segi pemain tempatan atau import, kualiti yang ditampilkan mereka kebanyakan belum memenuhi piawaian terbaik untuk sekurangnya memberi cabaran sekurangnya di kedudukan pertengahan liga kini.

Hanya Takumi Sasaki dan Hein Htet Aung sahaja setakat ini memberi gambaran terbaik bagaimana Negeri Sembilan sepatutnya mendapatkan pemain seperti mereka di segenap sudut.

Pemain import seperti Aliyu Abu Bakar dari Nigeria dan Jacque Faye boleh dianggap sebagai penumpang yang langsung tidak memberi impak buat pasukan di atas padang.

Daripada segi kualiti permainan, Negeri Sembilan jelas ketandusan idea untuk mencipta peluang serangan dan mereka memerlukan perancang berkualiti di posisi tengah pada masa hadapan.

Jika segalanya tidak diperbaiki segera, besar kemungkinan Negeri Sembilan akan tampil selaku pasukan belasahan baharu serta mengundang kepada kekosongan di stadium dalam kalangan peminat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN