Negeri Sembilan Batalkan Penyertaan Di Piala Super Asia

Pendatang baharu Liga Super, Negeri Sembilan membuat keputusan untuk tidak menyertai kejohanan jemputan, Piala Super Asia di Makassar yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 21 Januari ini.

Hal ini disahkan oleh pengurus skuad liga super Negeri Sembilan, Dato Mohammad Haslah Mohamad Amin menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh laman sosial rasmi mereka.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan perbincangan di antara pihak pengurusan dengan barisan kejurulatihan.

“Pasukan Negeri Sembilan baru sahaja pulang daripada aksi pra musim di Kemboja dan pihak kejurulatihan merasakan pasukan ni perlu bersedia lebih rapi terutama dalam aspek taktikal dan set-piece. Sehubungan itu, latihan hanya akan diteruskan di Seremban,” kata Dato Mohammad Haslah dalam kenyataan tersebut.

Selain Negeri Sembilan,  tiga lagi pasukan yang bertanding pada kejohanan itu iaitu PSM Makassar selaku tuan rumah, Adelaide United (Australia) dan Home United (Singapura).

Walaupun tidak akan ke Makassar, pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) telah mengaturkan 3 perlawanan persahabatan sebagai persediaan sebelum sepak mula Liga Super pada bulan Februari depan.

Pasukan yang akan ditentang oleh mereka dalam perlawanan persahabatan itu ialah Kedah, skuad bawah 19 Tahun Malaysia dan juga pasukan Home United dari Singapura.

Sementara itu, media dari Indonesia melaporkan pihak pengurusan PSM Makassar terkejut dengan pembatalan pasukan Negeri Sembilan dan menggantikan dengan kelab dari Kemboja.

“Tidak tahu kenapa Negeri Sembilan tiba-tiba tarik diri padahal kami sudah lama hantar borang kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI). Dan borang itu dihantar untuk pengesahan daripada AFC. Saya tak begitu pasti kenapa mereka tarik diri,” kata pegawai media PSM Makassar, Andi Widya Syadzwina.

Menurut media itu, penarikan diri Negeri Sembilan kemungkinan ada kaitan dengan surat kebenaran daripada PSSI untuk melangsungkan kejohanan ini.

“Wakil daripada ketua umum PSSI, Joko Driyono tidak memberi keizinannya lagi. Kerana kami daripada pihak PSSI, Asprov Sulsel belum menerima surat kebenaran untuk melangsungkan kejohanan tersebut,” kata wakil Ketua Umum PSSI bahagian Sulawesi Selatan, Erwin Hatta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN