Negara-Negara Ini Bukan Dalam Konfederasi FIFA, Tetapi Mereka Ada Konfederasi Sendiri

FIFA telah mensyaratkan mana-mana FA negara tertentu mesti menjadi ahli konferendasi benua terlebih dahulu sebelum memohon menjadi ahli FIFA. Itu pun sekiranya negara itu juga menerima pengiktirafan masyarakat dunia.

Kosovo yang diterima sebagai ahli FIFA pun menerima kecaman hebat. Begitu juga dengan Gibraltar.

Ada FA negara tertentu sebenarnya menjadi ahli konferendasi, tetapi tidak menyertai FIFA. Berikut disenaraikan konferendasi mempunyai ciri disebutkan di atas.

Kepulauan Mariana Utara

Pasukan bola sepak Kepulauan Mariana Utara. Sumber: Goalzz.

Kepulauan Mariana Utara merupakan salah satu wilayah pentadbiran Amerika Syarikat.

Kepulauan Mariana Utara (atau nama Inggerisnya, North Mariana Islands) mempunyai FA sendiri. Organisasi bola sepak wilayah itu telah ditubuhkan pada 2005.

Asalnya, mereka berdaftar di bawah OFC (Oceania Football Confederation).

Namun pada penghujung 2006, mereka berhijrah ke konferendasi Asia. Keahlian mereka diterima sebagai ahli bersekutu AFC.

Mereka juga diterima keahlian untuk East Asian Football Federation (EAFF). Malah, mereka pernah beraksi dalam kejohanan peringkat serantau anjuran EAFF.

Zanzibar

Pasukan Zanzibar. Sumber: CONIFA.

Zanzibar ini sebenarnya sebuah wilayah yang membentuk Tanzania. Satu lagi bahagian Tanzania ialah Tanganyika.

Zanzibar juga mempunyai keahlian di peringkat konferendasi benua. Mereka menyertai CAF, badan pentadbir bola sepak bagi benua Afrika.

Kelab Zanzibar mempunyai slot untuk African Champions League dan African Confederation Cup. Malah, dibenarkan bertanding dalam pertandingan AFCON (African Cup of Nations) dan CHAN (African Nations Championship).

Sebelum ini, Zanzibar FA hanyalah ahli bersekutu CAF. Namun pada Mac 2017, keahlian itu dinaiktaraf sebagai ahli penuh.

Keahlian penuh itu hanya bertahan 4 bulan. CAF melakukan u-turn kerana melanggar perlembagaan CAF itu sendiri. Perlembagaan CAF menyatakan tiada dua FA untuk satu negara.

Dalam kata lain, Tanzania hanya diterima, Zanzibar ditolak.

Kiribati

Pasukan bola sepak Kiribati. Sumber: Pinterest.

Negara di Lautan Pasifik mendapat kemerdekaan daripada British pada 1979. Mereka menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di samping Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Kiribati Islands FA (KIFA) merupakan badan yang menyelia aktiviti bola sepak di negara tersebut. KIFA merupakan ahli bersekutu OFC.

Kiribati menghadapi cabaran kerana kekurangan tempat bermain bola sepak yang sesuai. Negara mereka terdiri daripada pulau-pulau kecil.

Mereka mengharapkan bantuan ihsan daripada masyarakat sukan dunia untuk membangunkan sukan. FIFA tidak pernah memberi keahlian penuh kepada Kiribati meskipun mereka mempunyai kod sendiri ‘KIR.’

Tuvalu

Jersi Tuvalu yang agak cantik! Sumber: Oceanian Football Shop.

Jiran kepada Kiribati, Tuvalu juga menjadi ahli bersekutu OFC. Malah, FIFA sendiri juga memberikan kod khas untuk statistik iaitu TUV.

Tuvalu meraih kemerdekaan daripada Britain pada 1978. Cuma keahlian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diraih pada tahun 2000.

Pada 2008, Presiden Tuvalu, Tapegou Falefou telah ke FIFA untuk melobi sebagai ahli penuh FIFA. Beliau diiringi Perdana Menteri negara tersebut.

Usaha mereka menemui kegagalan kerana Tuvalu kurang mempunyai fasiliti sesuai untuk menganjurkan perlawanan antarabangsa.

Namun, nama mereka mula mendapat perhatian kerana menyertai pusingan kelayakan Piala Dunia 2010 bagi zon Oceania. Ini disebabkan format kelayakan yang digabungkan sekali dengan Sukan Pasifik Selatan 2007.

Penutup

Kecuali Kepulauan Mariana Utara, ketiga-tiga FA negara di atas menyertai CONIFA. CONIFA merupakan badan bola sepak untuk negara yang tidak diiktiraf FIFA…

…dan juga masyarakat antarabangsa.

Ada FIFA menolak keahlian kerana isu geopolitikal yang sangat rumit. Ada yang masih dalam pertimbangan FIFA.

Mungkin FIFA akan membuka jalan untuk membantu negara kerdil ini untuk sebagai ahli. Suatu hari nanti, angka 211 itu akan bakal bertambah.

Paling penting, angka keahlian tak akan berkurang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN