Femi Opabunmi: Sinar Baru Untuk Prospek Yang Berhenti Bermain Kerana Glaukoma

Femi Opabunmi nama yang asing dalam kancah bola sepak antarabangsa. Namanya hanya disebut sekali dalam media antarabangsa.

Itu pun disebabkan beliau menjadi pemain termuda yang beraksi dalam Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun. Beliau diturunkan sewaktu Nigeria menentang England.

Pemain Nigeria itu dipilih menjadi pemain untuk kejohanan itu setelah aksi terbaik dalam Piala Dunia Bawah-17 pada 2001. Sekarang umur beliau ialah 33 tahun, ada kisah sedih telah dialami beliau setelah karier memuncak.

Apa nasibnya?

Kini beliau menghadapi penyakit mata. Femi telah membuat pembedahan dan dimaklumkan beliau mengalami glaukoma.

Mata kanan beliau gagal berfungsi. Kini beliau bergantung pada mata di sebelah kiri sahaja.

Pernah Femi menghadapi masalah kekaburan. Kemudiannya beliau membuat pembedahan. Sayangnya, pembedahan itu tidak membantu beliau. Malah, wangnya banyak dihabiskan untuk pembedahan.

Tamatkan karier

Femi ketika beraksi menentang England dalam Piala Dunia 2002. Sumber: Sportingheroes.net.

Pemain posisi tengah itu menamatkan karier sebagai pemain pada 2006. Selepas 4 tahun namanya dikenali serata dunia.

Femi sempat bermain untuk kelab Switzerland, Grasshopper. Kelab terakhir beliau ialah di Perancis iaitu Chamois Niortais.

Femi sendiri rasa tertekan kerana tidak dapat meneruskan kariernya. Beliau akui pernah menangis kerana tertekan. Beliau sedih kerana kariernya tamat lebih awal daripada rakan-rakan sepasukannnya yang berjaya.

Ada beberapa pemain Nigeria semasa Piala Dunia 2002 dapat beraksi di liga terunggul dunia. Antaranya Julius Aghahowa (Wigan Athletic), Jay-Jay Okocha (Bolton), Joseph Yobo (Everton) dan Vincent Enyeama (Lille).

Berubah

Skuad Nigeria pada Piala Dunia 2002.

Sebuah forum atas talian di Nigeria, Soccertalkcash telah memberikan peluang kepada beliau. Femi dilantik sebagai duta untuk mempromosikan forum itu.

Pengurusan forum tersebut mengatakan adalah lebih wajar pemain yang mengharumkan nama negara wajar dipilih. Ia boleh dianggap sebagai tanggungjawab sosial korporat.

Tidak lama lagi, Femi akan dimasyhurkan sebagai duta forum itu menjelang Piala Dunia 2018.

Kami berharap beliau dapat menyara keluarga selain beraksi di padang. Semoga beliau mampu menabur bakti demi sukan dicintainya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN