Trivia: Indonesia Di Piala Dunia & Kisah Dua Korea Antara Kejutan Dari Asia

Asia merupakan benua yang terbesar di dunia. Sukan bola sepak di benua ini diselia oleh Konfederasi Bola Sepak Asia.

Pada 2002, sejarah telah tercipta apabila Korea Selatan dan Jepun mengadakan Piala Dunia secara bersama. 20 tahun berselang, giliran Qatar pula menganjurkan kejohanan ini.

Coretan ringkas ini akan menceritakan perjalanan skuad dari Asia dalam kejohanan terkenal ini.

Wakil pertama

Hindia Timur Belanda atau nama kini, Indonesia menjadi wakil pertama benua Asia dalam Piala Dunia. Piala Dunia 1938 merupakan Piala Dunia pertama di mana wakil Asia menyertai pertandingan ini.

Indonesia tewas kepada Hungary pada perlawanan pusingan pertama. Mereka dibelasah 6 gol tanpa balas. Pada ketika itu, format Piala Dunia 1938 ialah menggunakan konsep kalah mati.

Pasca Perang Dunia Kedua

Indonesia satu-satunya wakil Asia yang ke kejohanan ini semasa dianjurkan sebelum Perang Dunia Kedua.

Setelah Perang Dunia Kedua tamat, Piala Dunia disambung semula. Tetapi, Korea Selatan menjadi wakil kedua Asia pada edisi 1954. Nasib pasukan itu juga tidak baik apabila tewas semua perlawanan diharungi dan gagal menjaringkan walau 1 gol.

Korea Utara curi tumpuan

Jiran mereka di sebelah utara berjaya memasuki Piala Dunia 1966. Pada ketika itu, FIFA masih memberikan 1 slot kepada Asia.

Korea Utara mengukir rekod sulung Asia dalam Piala Dunia. Pertama, pemain mereka, Pak Seung Zin menjadi penjaring gol Piala Dunia sulung bagi mana-mana pasukan Asia.

Perlawanan antara Korea Utara menentang Itali dalam Piala Dunia 1966. (Photo by PA Images via Getty Images)

Gol pemain itu juga menyaksikan mata pertama untuk pasukan dari Asia dalam kejohanan ini. Korea Utara seri 1-1 ketika menentang Chile.

Korea Utara mencatat kemenangan ke atas Itali. Kejayaan itu menjadikan mereka pasukan yang pertama Asia meraih kemenangan dalam perlawanan Piala Dunia. Korea Utara menduduki tangga Kumpulan 4.

Mereka turut menjadi pasukan pertama Asia beraksi dalam fasa suku akhir. Cuma, kempen mereka tamat pada pusingan tersebut apabila tewas kepada Portugal.

Kuasa Korea Selatan

Apabila menyebut kejayaan wakil Asia dalam Piala Dunia, tidak sah kalau tidak disertakan mengenai kemaraan Korea Selatan dalam kejohanan ini.

Pada 2002, mereka telah mengejutkan dunia apabila mara sehingga ke separuh akhir. Dalam saingan Kumpulan D, Korea Selatan berjaya menewaskan Poland dan Portugal. Tetapi, mereka terikat dengan keputusan seri ketika menentang Amerika Syarikat.

Kesebelasan utama Korea Selatan sewaktu menentang Itali dalam Piala Dunia 2002. AFP PHOTO/CHOI Jae-Ku (Photo credit should read CHOI JAE-KU/AFP/Getty Images)

Sewaktu kempen ke separuh akhir, mereka menewaskan Itali dalam pusingan kedua. Sepanyol menjadi mangsa seterusnya apabila kalah melalui sepakan penalti pada suku akhir.

Jerman berjaya mengekang kemaraan Korea Selatan. Michael Ballack menjadi penjaring gol tunggal dalam pertembungan separuh akhir itu. Kemudiannya, Korea Selatan menduduki tangga keempat apabila tewas kepada Turki dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Senarai debut Piala Dunia

1938 – Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
1954 – Korea Selatan
1966 – Korea Utara
1970 – Israel
1978 – Iran
1982 – Kuwait
1986 – Iraq
1990 – Emiriah Arab Bersatu
1994 – Arab Saudi
1998 – Jepun
2002 – China
2022 – Qatar

Fakta menarik

Korea Selatan menjadi pasukan terbanyak mara ke Piala Dunia sebanyak 10 kali termasuk secara automatik pada 2002.

Jepun di tangga kedua dengan 6 penampilan bersekali menjadi hos juga pada 2002.

Tiada wakil dari negara Asia Tengah berjaya ke Piala Dunia. Begitu juga wakil dari Asia Selatan.

Australia mara ke Piala Dunia 2010 dengan menggunakan slot Asia. Mereka layak ke Piala Dunia 2006 melalui kempen kelayakan Oceania.

Piala Dunia 2018 menyaksikan 5 pasukan dari Asia menyertainya. Ini menjadikan rekod terbanyak wakil Asia dalam satu-satu edisi.

Penutup

Anda ada momen-momen Piala Dunia bagi skuad-skuad Asia? Jika ada, kongsikan di ruang komen kami.

Tetapi, persoalannya, adakah Malaysia akan mara ke Piala Dunia selepas ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN