Joey Barton: Pemain Tengah Perlahan Seperti Saya Dan Guardiola Adalah Pengurus Terbaik

Perbandingan yang boleh dikatakan ‘keterlaluan’ apabila pengurus baharu Fleetwood Town FC, Joey Barton membandingkan dirinya dengan pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Barton membuat perbandingan tersebut untuk menyokong dirinya sebagai pengurus kelab tersebut. Katanya Pep adalah pemain tengah yang perlahan dan tiada skil, seperti dirinya.

Selain Pep, dia turut menyatakan Mauricio Pochettino juga di dalam kategori yang sama, sementara Zinedine Zidane pula adalah rakan posisi tengah sepertinya ketika beraksi.

“Jika anda perhatikan, pemain tengah yang perlahan cenderung menjadi pengurus yang baik,” ujar Barton kepada Daily Mail selepas dilantik pada Isnin lalu.

“Pep merupakan pengurus terbaik dan dahulunya pemain tengah yang perlahan dan tiada skil. Mauricio Pochettino juga dalam kategori yang sama,” ujarnya lagi.

barton
Foto: PA

“Saya tiada skil, fizikal saya tidaklah besar, saya juga perlahan dan tidak terlalu keras,” jelas bekas pemain yang dilahirkan oleh akademi Manchester City itu.

Pada usia 35 tahun, Barton akhirnya mengumumkan kariernya sebagai pemain bola telah berakhir dan dia tidak lagi akan dapat dilihat beraksi di dalam padang selepas ini.

Sebaliknya, sedikit mengejutkan para pemerhati bola sepak, Barton muncul dengan status baharu iaitu sebagai pengurus Fleetwood Town dengan kontrak selama tiga tahun.

Persahabatan dengan Andy Pilley, pemilik kelab tersebut dikatakan menjadi sebab dia dipilih namun menurut Daily Mail, tiada salah dia menggunakan ‘kabel’ yang ada.

barton
(Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Memetik ayat akhbar tersebut, ‘sekurang-kurangnya dia berani untuk memulakan karier kejurulatihannya di pasukan liga bawahan disamping tahu, ramai yang mahu lihat kegagalannya’.

Barton terkenal dengan insiden-insiden kontroversi dan memiliki disiplin teruk ketika bergelar pemain. Malah, dia baharu sahaja tamat tempoh penggantungan akibat berjudi pada 1 Jun lalu.

Untuk mengetahui kisah penggantungannya itu, para pembaca boleh rujuk artikel ini, Pergantungan Joey Barton Dikurangkan, Jalani Rawatan Psikiatri Rawat Ketagihan Judi.

Disamping itu, dia turut mengeluarkan kenyataan menyokong rakan-rakannya yang telah dilantik sebagai pengurus baru-baru ini iaitu Frank Lampard dan Steven Gerrard.

Fleetwood Town kini bersaing di EFL League One dan pada musim lalu telah menamatkan saingan liga di kedudukan ke-14 daripada 24 pasukan bertanding.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN