Pavel Nedved menyatakan, beliau agak terkejut dengan kemenangan Virgil Van Dijk. Bek tengah Liverpool itu menggondol Anugerah Pemain Terbaik UEFA 2018/19. Van Dijk turut memenangi anugerah Pemain Pertahanan Terbaik UEFA.
Agak malang untuk Cristiano Ronaldo, beliau tewas dalam persaingan Penyerang Terbaik UEFA, sekaligus menyukarkan beliau untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik UEFA 2018/19.
Cristiano Ronaldo dalam senarai 3 teratas untuk anugerah tersebut.
Timbalan Presiden Juventus, Pavel Nedved menjangkakan Cristiano Ronaldo akan memenangi anugerah itu.
Ini kerana menurut Nedved, Ronaldo adalah yang paling layak. Namun beliau menerima keputusan tersebut dengan terbuka. Dan fokus mereka kini adalah kempen musim baharu.
Nedved berkata: “Saya ramalkan Ronaldo menang, namun kita terima segala keputusan.”
Pavel Nedved irritated that Cristiano Ronaldo didn't win #UCL Award as best player https://t.co/Y6GFRcbkny #Juventus #CR7 #LFC #FCBarcelona pic.twitter.com/pl4nk9FHIO
— Football Italia (@footballitalia) August 29, 2019
“Saya rasa peringkat kumpulan akan menjadi sukar, tiada perlawanan mudah dalam UCL. Kita banyak melakukan perubahan dalam struktur jurulatih dan pemain. Namun saya yakin kita akan melakukannya dengan baik.”
Nedved kemudian ditanya tentang keadaan Maurizio Sarri yang mengalami radang paru-paru. Nedved menjangkakan Sarri akan kembali bertugas semula pada minggu ke-2 September nanti.
Juventus masih dalam misi untuk membawa pulang kejuaraan Eropah ke Itali, terutama sekali untuk melengkapkan dominasi mereka dalam bola sepak Itali dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Juventus diundi dalam kumpulan D yang turut menempatkan Atletico Madrid, Bayer Leverkusen dan Lokomotiv Moscow.