Perancang Lincah, Ndumba Makeche Sertai Singa Utara

Bekas perancang pasukan Felda United dan Sarawak, Ndumba Makeche menyertai pasukan Perlis. Makeche sebelum itu tidak ada kelab ataupun ejen bebas.

Ini selepas pemain itu dilepaskan oleh Sarawak atas persetujuan bersama (mutual consent).

Makeche kemudian cuba menyertai pasukan Bali United. Namun begitu, Makeche gagal mendapatkan kontrak tetap bersama Liga Indonesia tersebut.

Laporan media Indonesia menyebut Makeche gagal mendapat kontrak di saat-saat akhir kerana masih bergelut dengan kecederaan.

Pemain itu kemudian, kembali ke Malaysia untuk meneruskan pemulihan dan kecergasan dengan harapan untuk mendapatkan kontrak dengan beberapa pasukan di Liga M dalam jendela perpindahan pertengahan musim.

Beliau juga berlatih bersama kelab komuniti yang semakin popular di Malaysia iaiti Shah Alam Antlers dalam proses akhir pemulihan kecergasan beliau..

Kehadiran Makeche diharap dapat memperkuatkan pasukan Perlis yang kini berada di tangga ke-2 tercorot dalam persaingan Liga Premier.

Seorang lagi pemain yang dilaporkan menyertai pasukan Perlis adalah Madibo Konte.

Misi kekal di Liga Premier

Misi Perlis adalah untuk mengelakkan dari tersingkir ke Liga FAM. Perlis yang hanya mengutip 3 mata selepas dikenakan denda pemotongan mata oleh FMLLP kerana isu tunggakan pembayaran.

Pada awalnya, FMLLP memotong 6 mata. Namun selepas rayuan mereka diterima, FMLLP mengembalikan 3 mata kepada Perlis.

Jadi, buat masa ini Perlis sudah menang 2 perlawanan, seri 3 kali dan kalah 8 kali. Satu prestasi yang memang merisaukan penyokong Singa Utara.

Posisi

Ndumba Makeche boleh beraksi di mana-mana posisi tengah yang bersifat ofensif. Beliau juga boleh beraksi sebagai penyerang kedua.

Makeche memiliki kelajuan dan kemampuan untuk menggelecek yang baik di dalam padang. Pada masa yang sama beliau juga memiliki kemampuan untuk menjaringkan gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN